Sempena 13 Ogos yang baru berlalu, Tedi mengucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada semua kawan-kawan Tedi.
Bilakah Hari Kidal Sedunia?
Hari Tangan Kiri Antarabangsa adalah hari pada tarikh 13 Ogos setiap tahun untuk meraikan keunikan dan perbezaan individu kidal. Sambutan pertama Hari Kidal Sedunia ialah pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell, pengasas Lefthanders International, Inc.
Celebrate the Lefties in your life. |
Si Kidal adalah mereka yang banyak menggunakan tangan kiri dan dipanggil left-hander dalam versi Bahasa Inggeris. Manakala kidal dalam Bahasa Inggris pula disebut "lefthanded"
Seperti makhluk Allah subhanahu wa ta'ala yang lain, si kidal juga memiliki keunikan dan masalah tersendiri.
Hanya 10% si Kidal di dunia ini dan tentunya peralatan manusia Kidal didominasi oleh si Kanan. Alhamdulillah ada juga manusia yang sudi mencipta barangan untuk kumpulan minoriti seperti si Kidal.
Papan kekunci komputer untuk Si Kidal keluaran Maltron ni adalah salah satu contoh produk yang dicipta khas untuk keselesaan Si Kidal. |
Mula-mula dahulu Master pernah mempertikaikan dakwaan bahawa peralatan untuk Si Kanan telah menyebabkan banyak kecederaan kepada Si Kidal di dunia fana ini.
Namun setelah beberapa kali mengalami beberapa insiden, Master mula menerima seciput dakwaan tersebut.
Beberapa insiden yang melibatkan Master ialah:
- Nak masuk gear 1, termasuk gear undur, disebabkan biasa pusing lawan jam.
- Basah disiram air paip kerana pusing pili salah arah.
- Mesin kelapa yang berputar ikut arah jam menyebabkan kekok pusingkan kelapa yang dikikir melawan arah jam. Ini kalau terlepas, memang berdarahlah tangan, dan Master memang pernah kena pun, hehehe.
Apa-apa pun Tedi ucapkan Selamat Hari Kidal Sedunia kepada Master.
20130815
5 Ulasan
selamat juga buat ai.. ;)
BalasPadambersyukur masih mampu terlibat secara langsung dengan mereka yang bukan kidal..
selamat hari kidal buat akak! :)
Padamhaha.. Selamat Hari Kidal Sedunia buat Kak Aizamia3 :)
BalasPadambuat akak Aizamia3 je ke?
Padamentry ni mnrik tedi ;)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.