Laman utama _Islam_ Tazkirah Subuh 29 Ramadhan
Tazkirah Subuh 29 Ramadhan
"Rupa-rupanya hari ini mungkin Ramadhan terakhir pada tahun ini. Tedi baru perasan apabila terdengar tazkirah subuh daripada corong pembesar suara di masjid depan rumah tok" - Tedi .
Hari Raya manakah lebih besar? Eidil Fitri atau Eidil Adha?
Eidil Adha adalah lebih utama berlipat kali ganda:
takbir Eidil Adha adalah selama 4 hari,
manakala takbir Eidil Fitri pula hanya dari waktu Maghrib selepas Ramadhan sehingga solat sunat.
Eidil Fitri VS Jumaat
Mandi sunat
Mandi sunat Eidil Fitri disunatkan kepada semua walaupun manusia tersebut tidak akan bersolat sunat Eidil Fitri.
Mandi sunat Jumaat sunat kepada mereka yang akan menunaikan Solat Jumaat.
Solat
Solat sunat Eidil Fitri hukumnya sunat muakkad. Malahan kaum wanita yang haid juga digalakkan hadir untuk mendengar khutbah.
Solat fardhu Jumaat diwajibkan kepada orang lelaki sahaja.
Jika terlewat sampai dan imam telah bertakbir sebanyak 5 kali daripada 7 kali, perlukah kita ganti?
Tak perlu sebab imam yang menanggung takbir sunat itu.
Manakala dalam solat jenazah pula, wajib digantikan takbir yang ketinggalan.
Hukum berkongsi raya dengan perayaan kaum kuffar.
Tak boleh kerana kita menyamakan taraf Hari Raya kita dengan perayaan mereka.
3 Ulasan
nice sharing.. thanks tedi. =)
BalasPadammajlis ilmu memang menarik, kan akak kan?
Padammy pleasure
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.