Kucing selebriti Amerika Syarikat semakin murah rezeki!
Grumpy Cat atau nama sebenarnya Tartar Sauce kini melangkah setapak lagi apabila dilamar menjadi jurucakap kepada makanan kucing keluaran Nestlé Purina, Friskies, sebahagian produk Nestlé yang berpangkalan di Swiss.
“Grumpy Cat akan membantu kami meluaskan pengaruh kepada tuan-tuan kucing. Ironinya, Grumpy membuatkan kita tersenyum apabila melihat wajahnya, walaupun semasa kita sakit atau sedih.” - Shawn Brain, Pengurus Jenama Friskies.Tawaran Nestlé Purina hanyalah sebahagian daripada rezeki Grumpy Cat (atau rezeki tuan dia?).
Dia juga mempunyai tawaran berlakon dalam filem sendiri dan juga barisan cenderamata merangkumi T-shirt, patung sumbat dan rantai kunci.
Grumpy Cat juga telah menulis sebuah buku yang pastinya akan lebih hebat daripada karya Ahadiat Akashah, ada Tedi kisah? |
Buku “Grumpy Cat: A Grumpy Book”, juga diterbitkan pada tahun ini dan tersenarai dalam jualan laris New York Times.
Grumppuccino merupakan minuman botol berperisa kopi menggunakan label Grumpy Cat. Junkee: Grumpy Cat has a beverage line now. |
Sementara itu, minuman kopi ais botol, Grumppuccino, akan mula dijual pada bulan depan. Tapi kawan-kawan jangan salah faham dengan memberi kucing perliharaan anda minum kopi ni pula. Bahaya tu! Tak percaya sila baca coretan Tedi bertajuk, "Makanan manusia yang sesuai untuk kucing"
Coretan Tedi yang mungkin berkaitan dengan tajuk ini:
- Grumpy Cat sedia untuk berlakon dalam filem sendiri.
- Ketulan dalam makanan kucing jenama Purina One Beyond.
Berita yang Tedi rujuk untuk coretan ini boleh dibaca di:
20130920
7 Ulasan
untungnya jadi kucing ni.. semua orang suka.. akak isi tabung escape.. tedi memang pasang 1 aje ke iklan? akak refresh banyak kali keluar 1 je..
BalasPadamiklan ada 1 je sebab Tedi layout baru ni dah remove semua iklan. iklan yg tinggal tu sebab dia dlm widget, maka x hilang... hehe...
Padambukan senang tau nak dpt jadi kucing selebriti ni..
amboi muka belagaknya.. mentang2 dah fames.. hehe nak otograf bleh... hehe
BalasPadamhaha, dia famous memang sebab muka dia tu..
Padamsebab tu dia digelar Grumpy Cat.. :)
gi la mintak autograf dia, kalo akak suh kucing akak autograf pun, rasanya org lain x cam, hehe
amboi muka samseng sungguh tapi tak sangka jadi model -_-
BalasPadamtuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu, tuah kucing nampak di muka... hahahaha
Padamkalau dah rezeki tidak ke mana. buat baik dibalas baik.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.