Ini bukan kisah dongengan sebaliknya sinetron asli kehidupan.

Apa punya ayat Tedi guna tu? Hehehe.

Kisahnya di Boston terdapat seorang lelaki gelandangan. Hidupnya sehelai sepinggang, tiada berumah.

Pada suatu hari dalam minggu ini, tiba-tiba dia menemui satu beg galas yang mengandungi $42000. Dollar tau, bukan Ringgit Malaysia. Jumlahnya mungkin mencecah MYR 132,832.56 mengikut kadar tukaran asing pada masa ini. Boleh semak di "Kadar tukaran asing US Dollar kepada Ringgit Malaysia".

Lelaki bernama Glen James itu secara naifnya berfikir, ini bukan miliknya. Dia segera memulangkan semua wang itu kepada pihak berkuasa! Apalah bodohnya pakcik tu? RM 132,826 tu! Bukannya sikit!

Pakcik Glen James dipuji oleh pesuruhjaya Boston Police. (Kredit: Steven Senne/AP)

Dia dipuji sebagai hero (mengalahkan Spiderman dan Iron Man) oleh pesuruhjaya Boston Police.

Sekian, terima kasih.

***

"Aik, itu aje ceritanya? Rugilah pakcik tu! Takkan tak dapat hadiah kot?"

 

Itulah hakikat kehidupan. Perbuatan ikhlas tidak memerlukan hadiah. Walaupun mungkin terdetik dalam sanubari pakcik itu, "ini balasan kamu kepada aku? Kajang pak Malau, kajang berlipat, kajang Glen James mengkuang layu.", sambil mengungkapkan pantun kegemaran beliau.

 

Kempen derma untuk Glen James.

Tetapi, jeng jeng jeng... nun jauh di satu tempat bernama Richmond, ada seorang lelaki membaca kisah itu.

"Ada sesuatu yang harus dilakukan. Pakcik itu perlukan lebih daripada pujian!", mungkin itulah yang bermain di hati Ethan Whittington.

Ethan Whittington kemudiannya melancarkan kempen di GoFundMe.com untuk pakcik James yang tidak berumah sejak 2005.

Oleh itu wahai rakyat Malaysia, bersyukurlah kerana ada rumah. Bersyukurlah kita masih boleh beli rumah kos rendah mahupun rumah mesra rakyat melalui program Perumahan Rakyat 1 Malaysia, walaupun sebelum ambil undi, rumah itu dah ada pemiliknya. Belum lagi rumah kos rendah yang dicabut undi tapi habis satu keluarga boleh dapat sebiji seorang. Itupun orang yang dapat tu yang cerita, punya bangganya dia. Jiran-jiran yang tahu, berbuku je dalam hati, terutama yang tak dapat. Kalau sok sek, sok sek, bukannya ada bukti pun kan?

 

7000 Rakyat Rebut 560 Apartmen Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma)

 

 

Berbalik kepada cerita tadi, Whittington sebenarnya hanya mahu mendapatkan dua tiga ratus untuk pakcik James supaya dia dapat mengubah hidupnya.

Tetapi rezeki itu ketentuan Allah subhanahu wa ta'ala, Allah mengurniakan $89,000 (sehingga ini) kepada Glen James melalui sumbangan 3629 orang penderma sehingga ini. Boleh semak jumlah semasa di Boston Homeless Man Reward.

Ini bukan subsidi tau, ini derma. Bukan juga BR1M mahupun wang ihsan yang hanya diperolehi oleh sebahagian manusia yang dikenalpasti oleh JKKK. Di sebahagian tempat je lah, tempat yang JKKK nya ok, tiada masalah kot.

Jumlah USD $89000 bersamaan MYR 281,478.52 itu akan diuruskan oleh sebuah organisasi yang akan membantu James.

Wittington berharap peristiwa ini akan menjadi contoh dan berterusan untuk membantu orang lain pula.

Usaha mengumpul dana untuk menghadiahkan rumah kepada Glen James sedang giat dilakukan.
Sebenarnya kaedah ini telah lama ada dalam Islam. Kita ada sedekah, zakat dan waqaf. Malangnya bantuan zakat kita sama ada kekurangan atau tak sampai kepada pihak yang memerlukan. Ketika pihak gereja aktif pergi dari rumah ke rumah untuk menawarkan bantuan, kita mungkin menunggu di pejabat menanti orang memohon bantuan zakat. Ketika itu, Tedi tak salahkan pihak gereja, dah memang kerja mereka lagu tu. 
Orang tua berkata, "Tergadai iman dek kemiskinan".

Tahniah pakcik Glen James dan pakcik Ethan Whittington.

 

Sumber maklumat bagi coretan Tedi ini:

20130919


Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat; (33) Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, (34) Dan ibunya serta bapanya, (35) Dan isterinya serta anak-anaknya; (36) Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (37)
- Surah Abasa, QS 80:33-37