Hak Kewarganegaraan Terhormat Hitler Dilucutkan
Akhirnya Bandar Goslar di Jerman memutuskan untuk melucutkan hak kewarganegaraan terhormat yang dikurniakan kepada Adolf Hitler.
- Keputusan ini dibuat setelah 68 tahun Hitler mati.
- Anugerah itu merupakan 1 daripada 4000 yang diterima Hitler semasa dia masih hidup.
- Sebelum ini terdapat usaha untuk melucutkan anugerah kehormat itu, tetapi ada councilor (ahli majlis) yang mempertikaikan kewajarannya kerana secara teknikalnya ia telah luput apabila Hitler membunuh diri, dan menganggap langkah itu sebagai "percubaan sia-sia untuk memadamkan kesilapan lalu".
- Sebaliknya, ada juga councilor yang mahukan pelucutan anugerah itu berlaku secara rasmi, dan akhirnya mereka berjaya.
- Hitler akan dilucutkan kewarganegaraannya secara formal pada September 2013.
Goslar
Goslar adalah sebuah bandar bersejarah di Lower Saxony di negara Jerman. Ia adalah pusat pentadbiran daerah Goslar dan terletak di lereng barat laut banjaran Harz. Old Town of Goslar dan Mines of Rammelsberg adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Setiap tahun Goslar memberikan Kaiserring kepada seniman antarabangsa, yang dianggap sebagai "Hadiah Nobel" untuk dunia seni.
Adolf Hitler
Adolf Hitler adalah seorang ahli politik Jerman kelahiran Austria yang menjadi diktator Jerman dari tahun 1933 hingga 1945. Dia bangkit sebagai pemimpin Parti Nazi, menjadi Canselor pada tahun 1933 dan kemudian menjawat gelaran Führer und Reichskanzler pada tahun 1934.
Semasa zaman diktatornya dari tahun 1933 hingga 1945, dia memulakan Perang Dunia ke-2 di Eropah dengan menyerang Poland pada 1 September 1939. Dia terlibat rapat dalam operasi ketenteraan sepanjang perperangan dan menjadi watak utama pelaksanaan Holocaust yang dikatakan melibatkan pembunuhan beramai-ramai sekitar enam juta orang Yahudi dan berjuta-juta mangsa lain.
Diktator
- [dik.ta.tor]
- Tulisan jawi: ديکتاتور
- Definisi 1: Kamus Dewan Edisi Keempat
- pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim
- Contoh ayat: Rakyat negara yang diperintah oleh seorang diktator jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi.
- kediktatoran
- pemerintahan oleh diktator
- Contoh ayat: Pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau kediktatoran tentera.
- kuasa mutlak atau tertinggi.
- pemerintahan oleh diktator
- pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim
- Definisi 2: Kamus Pelajar Edisi Kedua
- orang yang memerintah dengan kuasa mutlak atau tidak terbatas.
- kediktatoran: sifat (sikap) sebagai diktator
- Contoh ayat:
- Beliau tidak disukai kerana kediktatorannya.
- Kediktatoran seseorang itu berubah-ubah dari zaman ke zaman apabila bilangan penduduk bertambah.
- Contoh ayat:
Rujukan
Rujukan Tedi untuk coretan ini:
- newser.com, 11-September-2013: German Town to Strip Hitler's Honorary Citizenship
- Goslar - Wikipedia
- Adolf Hitler - Wikipedia
- Carian Umum (dbp.gov.my)
20130911
4 Ulasan
kalau dia hidup pun, ilang 1 tak terasa apa sebab ada lagiiiiii banyak anugerah :D
BalasPadamsalam singgah ;)
haha, perli ke apa ni.
Padamterima kasih singgah :)
Perlu ke? Dia pun dah mati 68 tahun lampau.
BalasPadamMungkin perlu sebagai satu simbolik.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.