Kandungan: Kenapa Master suruh minum madu bila sakit tekak? | Tapi tekak Tedi masih gatal, adakah madu tidak berkesan?

Pagi tadi Tedi terjaga sekitar jam 2.40 pagi. Tedi berasakan badan Tedi panas dan hidung Tedi berair. 

Tekak juga berasa pedih. Nampak gayanya Tedi diserang selsema!

Tedi pun kejutlah Master.

"Pergilah minum madu kat dapur sesudu dua", cadang Master.

 

Keistimewaan madu lebah

Tedi pun pergi ke dapur, cari sudu plastik dan minum madu seperti cadangan Master. Madu tu madu kampung yang Master beli daripada kawannya, RM 40 sebotol. Guna sudu plastik untuk minum madu kerana dikhuatiri khasiatnya hilang. Siapa yang buat cerita dongeng tu, tiadalah Tedi tahu, tapi Tedi ikutkan sahaja selagi tiada bukti moden yang membangkang kenyataan itu.

Selepas minum madu, Tedi bersin tak berhenti dan hingus keluar mencurah-curah, disertai angin kencang dan ribut petir. Err, tipu je lah... hehehe. Tiada sebarang angin kencang mahupun ribut petir dilaporkan.

Tedi sambung tidur tapi kali ni tanpa menggunakan kipas.

Pagi ini juga, Tedi bangun dan selsema sudah hilang! Namun kadangkala masih ada gatal di tekak menandakan kuman selsema itu masih berusaha untuk bangun daripada tidur. Nampaknya tips Master ini menjadi!

<top>

Kenapa Master suruh minum madu bila sakit tekak?

Tonsillitis

Master cakap madu adalah pelindung semulajadi yang sesuai untuk tekak kita. Lagi power kalau dicampur limau.

Selain itu, madu juga mempunyai kehebatan di mana bakteria tidak boleh merebak melaluinya. Sedangkan virus selsema pula tidak mati tetapi hanya tidur atau aktif sahaja. Barangkali dengan kehadiran madu, virus selsema tidak boleh aktif.

Tapi yang paling penting, madu disebut sebagai ubat dalam al-Quran, dan memakannya adalah sunnah. Jadi takkan taknak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya? Kita lebih percaya kepada Shaklee, padahal madu RM 40 sebotol, setahun pun tak habis! Jadi Master minum madu sebab yakin dengan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam, itu sahaja.

<top>

Tapi tekak Tedi masih gatal, adakah madu tidak berkesan?

Doa untuk sakit perut @ "Doa-doa untuk rawatan penyakit"

Ada cerita di mana seorang Muslim sakit perut. Kemudian dia menemui Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam, Baginda suruh minum madu.

Sakitnya tak hilang, dia menemui Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam, Baginda tetap suruh minum madu.

Kemudian hal ini berulang beberapa kali, sehingga Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam berkata,

Allah tidak menipu, tetapi perut kamu yang menipu

Akhirnya setelah lelaki itu amalkan minum madu, perutnya kembali ok.

Cerita ni ringkas sahaja sebab Tedi tak berapa ingat, kalau ada kelapangan Tedi akan cari semula sumbernya.

Begitu juga dengan kes Tedi ni, mungkin ada gatal tekak lagi, jadi Tedi haruslah minum madu lagi nanti. Selain tu elakkan minum ais.

Alah, ubat doktor pun kita minum 3 kali sehari, kan?

<top>


20130923