Ramai yang menjadikan iPhone 5S sebagai bahan jenaka, tetapi sekumpulan gelandangan di Los Angeles dizalimi kerananya.
- 2 orang runner telah mengambil sekumpulan gelandangan dan membawa mereka ke Apple Store di Pasadena.
- Runner itu bekerja untuk seorang peniaga yang tidak dikenalpasti.
- Gelandangan itu diarahkan turut beratur dalam barisan untuk membeli telefon pintar baru itu menggunakan voucher.
- Mereka dijanjikan USD $40 untuk setiap voucher yang digunakan.
- Namun berlaku kekacauan sebaik sahaja pintu dibuka menyebabkan rancangan jahat peniaga itu gagal.
- Dia dihalau keluar dari Apple Store itu setelah sempat memperolehi hanya beberapa iPhone.
- Peniaga jahat itu kemudiannya enggan membayar upah yang dijanjikan kepada baki gelandangan yang tidak sempat menggunakan voucher itu.
- Polis membawanya pergi demi memastikan keselamatannya yang diancam kumpulan gelandangan yang tersangkut berbatu jauhnya dari kejiranan mereka. (Huk aloh! inilah dia, orang kaya diutamakan).
- "Ini adalah ketamakan yang tidak berhati perut! Bagaimana anda boleh hidup apabila mengambil kesempatan ke atas mereka yang berada di hujung tanduk?" - marah Andy Bales dari Union Rescue Mission.
Tedi nak kata apa lagi, resam manusia di dunia ni mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup orang lain.
Tak payah tengok jauh-jauh, di Malaysia ini sahaja sudah cukup! Tapi kena buka mata dan buka minda. Jangan apabila seseorang atau seseekor mempertikaikan sesuatu kepincangan, dia terus dicop sebagai pembangkang dan pengkhianat!
Sumber coretan Tedi ini datang dari "http://www.latimes.com/local/lanow/la-me-ln-using-homeless-to-buy-new-iphones-sparks-outrage-20130921,0,5069855.story"
upah beratur beli rumah
22 September 2013
2 Ulasan
mak aiii macam ni pun ada ka? Gelandangan dijadikan sebagai runner suruh beratur semata2 nak beli iphone?? Dasar orang kaya pemalas!
BalasPadambukan pemalas tu, dia nak bolot seberapa byk iPhone yg boleh, dia nk jual balik la tu kot?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.