Nampak gayanya Tedi pun kena mula menyanyi!


  • Polly Hallewell dari Suffolk, England telah berjaya menumbuhkan sebiji labu sehingga mencapai berat 97 paun (43.99845989 kilogram)!
  • Dia kata rahsianya adalah dengan menyanyikan lagu khas buat tumbuhan itu. Kalau setakat tuju lagu melalui radio, lebih baik tidur dekat rumah.
  • Dia melawat labu itu di sebuah kebun setiap kali dia balik dari sekolah.
  • Lagu pilihannya adalah "Twinkle, Twinkle, Little Star" yang bermaksud "Berkelip, Berkelip, Bintang Kecil" kerana ia mudah diingat dan ringkas.
  • "Saya tak percaya ia berkesan. Saya sangat bangga dengan diri saya" - ujarnya.
  • Keajaiban ini diturunkan oleh kedua ibu-bapanya yang menyatakan mereka mendengar ucapan Putera Charles mengenai nyanyian kepada tanaman pada tahun 1980-an.
  • Tedi akan mula menggubah lagu bertajuk "Si Tedi yang comel, Raja Rimba yang hebat" kepada tanaman Tedi selepas ini...


Sumber berita rasmi bagi coretan Tedi ini:

20130922