Misi ini penting untuk kesinambungan misi esok hari

Misi apakah itu sehingga memaksa Tedi mengosongkan memori kamera yang selalunya Tedi tak endahkan kerana saiz memorinya 8 Gigabyte itu boleh memuatkan beribu foto?

Menjadi kebiasaan juga Tedi baru perasan banyak foto yang menarik untuk dikongsikan seperti gambar bangsal yang menempatkan Meriam Puntung ini.

Gambar Bangsal Meriam Puntung di laman Istana Maimoon, Medan, Indonesia
Dalam bangsal ini ada Meriam Puntung yang kisahnya mahsyur di Medan, Indonesia. Kononnya jelmaan seorang putera raja dalam membantu adiknya yang diculik oleh seorang putera raja kerajaan lain. Meriam ini menembak tanpa henti sehingga muncungnya menjadi merah menyala, dan kerana ditakuti meletup kebaboom, meriam ini disimbah air menyebabkannya terputus dua. Muncungnya tercampak ke tempat lain (lupa lak tapi jauh la, di Danau Toba rasanya) dan pangkalnya di sini. Panjang lagi ceritanya jadi Tedi biarkan sahaja sampai di sini, nanti jadi sinetron 200 episod pula, naya je...

 

Kerana esok Tedi dan Mommy dan Master dan kawan Master dan kawan-kawan Mommy akan terbang ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia... hehe...

 

Teruja nak tengok Gunung Kinabalu

Petang tadi bos Master nyaris marah kerana Master minta bekerja di HQ yang lebih dekat dengan lapangan terbang. Ia adalah kerana dikhuatiri tiada siapa mampu melaksanakan tugasan Master.

Master juga diberi amaran agar jangan bercuti lagi selepas ini.

Inilah masalahnya apabila menjadi ayam tambatan, memang kena tambatlah selalu. Nasib baik tak kena kurung dalam reban sebab takut dicuri maling.

Kota Kinabalu... Tedi datang!

20130914