--- iklan teks --
Felda Residence Trolak
Pakej team building RM 195/pax (2 hari 2 malam) termasuk makanan dan aktiviti luar
Pakej seminar RM 115/pax (2 hari 2 malam) termasuk makanan dan dewan
Hubungi 054388687. Tertakluk kepada terma dan syarat.
--- iklan teks --

Pengguna komputer yang beroperasi di atas sistem operasi Windows pasti pernah bertemu dengan Skrin Biru Kematian.


Skrin Biru Kematian (Blue Screen of Death) merujuk kepada skrin biru yang dipaparkan Windows apabila mengalami masalah kritikal.


Selalunya para pengguna akan menekan kekunci Control+Alt+Delete serentak. Pintasan ini popular untuk memaparkan Task Manager pada Windows.

Tetapi pernahkah kita terfikir kenapa kita perlu menekan 3 kekunci dan bukannya hanya 1? Kenapa Microsoft tidak wujudkan 1 kekunci khusus?


Semasa berucap di Harvard pada minggu lepas, pengasas-bersama Microsoft, Bill Gates mengakui ia adalah satu kesilapan.

"Kami mahukan 1 kekunci, namun lelaki yang merekabentuk papan kekunci IBM pada masa itu tidak mahu mewujudkannya" - Bill Gates.
David Bradley yang "mencipta" pintasan itu menjawab, "Saya mungkin telah mewujudkannya (Ctrl+Alt+Delete), tetapi Bill Gates yang menjadikannya terkenal. Saya pun tidak pasti kenapa mereka turut menggunakannya untuk log-in".
David Bradley pada asalnya mencipta pintasan itu untuk mengarahkan komputer reboot, namun pintasan itu kemudiannya terus popular di kalangan pengguna Windows untuk memaparkan skrin Task Manager, dan kini pengguna juga dikehendaki menekan "Ctrl+Alt+Delete" pada skrin login Windows.

Bacaan lanjut:



Karangan ini pertama kali dikirim pada 28 September 2013
Sumber: http://www.geekwire.com/2013/gates-harvard/