Alamak! Selama ni Tedi tak percaya kata-kata orang tua.

  • Nampak gayanya pepatah "Lebih dulu makan garam" tampak menunjukkan kebenarannya kepada Tedi, sekali lagi.
  • Sebelum ni orang tua-tua pesan ke Tedi, belai dan berbual dengan pokok untuk bagi mereka subur.
  • Begitu juga pesan mereka, apabila pokok tak mahu berbuah, tetak mereka olok-olok, insya-Allah mereka akan berbuah kerana takut ditebang!
  • Kini ada kajian yang menunjukkan bukan sekadar hanya berbual-bual dengan pokok, kita juga perlu membelai mereka.
  • Maklumat ini mungkin berguna untuk Tedi gunapakai pada pokok Lada Besar di kebun Tedi yang struggle melawan musuh.

Kajian dilakukan oleh penyelidik dari Fribourg University, Switzerland.

  • Subjek kajian mereka adalah pohon Thale Cress.
  • Aktiviti menggosok daun tumbuhan itu didapati boleh menjana pertahanan dalaman tumbuhan yang berupaya melawan jangkitan kulat.
  • Selain itu aktiviti tersebut meniru tekanan mekanikal semulajadi yang disebabkan oleh hujan, angin dan juga aktiviti haiwan.

20130917