Alhamdulillah, dapat jua Tedi meluangkan masa untuk menconteng diari Tedi ini.
Pertama kali mencuba apps Blogger-Droid dan Blogger
Selalunya kalau Tedi tiada laptop, memang Tedi tak kemaskini diari Tedi ni, tapi malam ni Tedi saja-saja nak cuba conteng diari guna Nexus 7.
Memang menyampah menaip dalam tablet yang bersaiz 7 inci ni, asyik salah taip. Tedi gunakan Blogger-Droid pada mulanya, tapi apabila Tedi save as draft, nak edit semula, ia cuma keluar editor dalam format html, malaslah Tedi. Akhirnya kena edit gunakan apps Blogger.
Blogger-Droid lebih mudah untuk karang post dengan gambar dan beberapa jenis penggayaan, cuma masa edit keluar template berasaskan html pula. Blogger boleh taip teks bodoh je, tapi lebih baiklah daripada guna html.
Dari Putrajaya Sentral ke LCCT, KLIA Sepang
4 September 2013, Rabu - Tedi terbang pada jam 20:20 menggunakan penerbangan yang Tedi tak berapa nak gemar, AirAsia. Sebelum terbang, kami parking kereta di Putrajaya Sentral, kemudian kami ambik ERL ke Salak Tinggi dan naik bas ke LCCT.
Semasa beli tiket ERL, maklumkan nak beli tiket ke LCCT dan petugas kaunter akan berikan tiket ERL dan bas sekaligus. Kos hanya RM 5.50.
Dari Putrajaya Sentral ke Salak Tinggi tak lama, hanya 1 stesen sahaja. Bas pula sedia menunggu di Salak Tinggi dan bergerak apabila semua penumpang ERL telah meninggalkan tren. Boleh kata perjalanan itu mengambil masa kurang 30 minit untuk sampai ke LCCT.
Bolehkah bawa tripod ke dalam kabin pesawat AirAsia?
Sampai di LCCT jam 19:20, terus beratur untuk boarding. Master cuak kerana dia membawa tripod kamera bersamanya sebagai hand luggage. Ini kali pertama Master bawa tripod terbang.
Risikan Tedi melalui laman web menyatakan bahawa salah untuk bawa tripod ke dalam kabin. Maklumat ini daripada forum bacpackers Malaysia dan Indonesia. Kawan Master juga kata dia check-in ke dalam kargo. Tapi Master gamble juga kerana nak tangkap gambar Gunung Kinabalu nanti dan Master tak mahu beli check-in luggage semata-mata untuk sekaki tripod (makluman: tripod ada 3 kaki semuanya, hehe)
Persoalan bolehkah tripod dibawa ke dalam kabin AirAsia terus menghantui Tedi. Tapi akhirnya kami semua lega apabila beg Master melepasi pemeriksaan tanpa masalah. Dulu Master pernah digeledah begnya kerana membawa tombol pintu. Namun tripod ni berbeza kesnya kerana apabila diimbas, ia tidak berwarna gelap, maksudnya cahaya x-ray tu masih boleh tembus besi tripod tu.
- Jadi melalui pengalaman itu, kita boleh bawa tripod 2kg dalam pesawat AirAsia,
- Tapi adakah mungkin untuk penerbangan domsetik sahaja?
- Namun untuk kepastian, sila bertanya kepada mereka yang lebih ada kuasa dalam hal ini.
Makan Nasi Lemak dalam penerbangan
Dalam penerbangan yang memakan masa hampir 3 jam itu, Master dan Mommy menikmati juadah berupa sebekas Nasi Lemak dan Nasi Beriyani. Walaupun sedikit, memang sedap. Dapat juga sebekas kecil air mineral cukup untuk 2-3 teguk.
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu
Di LTKK kami keluar di balai ketibaan antarabangsa / Semenanjung Malaysia. Kena melalui pemeriksaan imegresen. Master bagi MyKad, manakala Mommy bagi Passport Malaysia. Bezanya Master dapat sekeping kecil visa, manakala visa Mommy dicop dalam passport.
Lebih bagus guna passport tapi Master tidak mahu berasa seperti warganegara asing masuk Malaysia dek semangat patriotiknya yang tinggi. Masuk Sabah pun nak kena ada visa, bukankah Sabah itu pun negeri Malaysia?
Imigresen sungguh bagus dan sanggup izinkan kami gunakan kaunter warga asing untuk mempantaskan urusan.
Naik teksi ke Switz Paradise Hotel
Beli kupon RM30 untuk teksi ke hotel. Hotel ni Mommy tempah di agoda.com, harga RM85 semalamam.
Bilik ok,tapi hotel ni dalam shopping kompleks yang ada karaoke, jadi jalan masuk tak berapa Tedi berkenan dengan bau yang tak dapat diceritakan. Hotelnya pun di tingkat 3. Lainlah kalau ada kereta, boleh parking depan lobi hotel di tingkat 3.
Tandasnya ok, ada paip getah. Bilik tak sempit, masih boleh solat, ada air-con dan ada air panas. Kalau nak minum air sejuk, ada di lobi.
Kalau tak melalui Agoda.com, harganya RM90 juga tak termasuk caj lain.
Itu sahaja buat masa ini. Panjang juga karangan Tedi padahal cerita simple je. Foto nantilah, Tedi upload apabila dah jumpa laptop Tedi nanti.
Mommy masuk Sabah guna passport, Master guna kad pengenalan.
5 September 2013, 20130905
2 Ulasan
Haa bestnye..
BalasPadamBest la juga melihat negeri orang, apatah lagi Gunung Kinabalu yg indah diciptakan Allah subhanahu wa ta'ala.
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.