Air menitik tidak berhenti merugikan kerajaan Malaysia
Semalam Master dah belikan kepala paip baru. Tedi pun dah tolong tengok Master pasangkan kepala paip itu.
Inikah kepala paip yang Master beli semalam, memang serupa sungguh. Tak sangka kak Masreena pun beli kepala paip serupa ini, cuma dia pasang di luar rumah je kot... yangkecilmolek.blogspot.com: Tempat yang paling selekeh di rumah. |
Syukur air sudah tidak menitik, tapi alih-alih air keluar melalui sambungan paip daripada dinding ke kepala paip.
Tension betullah macam ni, penat sungguh Tedi menengoknya.
Hari ini Master kata nak pergi beli extension socket (soket sambungan) untuk kepala paip itu dan cari gam paip air kalau ada.
Kalau tak boleh juga, beli konkrit, tampal je dinding tu, biar padan dengan muka kami!
Semoga ada kedai hardware (jual alatan pertukangan) dibuka pada hari Ahad macam ni.
Erm, baik Tedi pergi mandikan pokok kangkung, cili, ulam raja, bendi, limau nipis, lada besar, kunyit, kari dan ulam botol di kebun Tedi dulu.
Tata...
20131027
4 Ulasan
Hehehe.. masalah yang sama cuma belum beli lagi kepala paip tu..
BalasPadamWah.. mesti subur sayur2an tu bila tuannya rajin mandikan.. ;)
subur tu boleh tahanlah, hasilnya saja tak kelihatan sampai sekarang kecuali Kacang Botol dan Kangkung. :)
Padamhhaha..terbaik punya lah ni ..hmm .. ganti kepala paip yang power sikit laa..asyik tersumbat je... panas jugak gitu
BalasPadamhaha, memula nak beli yg ada 2 kepala tu, tapi tak jumpa yang berkenan.. belilah yang tu aje... nak gi shopping jauh2, Master malas la pulak...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.