Takrifan fotogenik tidak semestinya hanya untuk Nasha Aziz!
Tedi bukanlah seekor beruang yang fotogenik kerana Tedi tidak pernah pandai ber-posing di depan kamera. Kalau setakat berpusing depan kamera tu memang kegemaran Tedi.
Mommy pun memang tak fotogenik langsung sebab asyik pejam mata, sebab tu la kalau Tedi snap foto Mommy, Tedi ambil 10 keping sekaligus! Insya-Allah dalam 10 keping foto Mommy tu, adalah sekeping yang jadi, itu pun kalau nasib baiklah.
Penyu yang Tedi tak pasti namanya ni, mungkin Ponyo nampak berbeza dan mempunyai bakat di depan kamera.
Tengok sahajalah senyumannya yang memukau itu, kalah Erra Fazira yang poyo itu.
Mungkin Ponyo boleh menjadi penyu selebriti selepas ini dan punyai jenamanya sendiri?
20131004
6 Ulasan
Amboi fotogeniknya ponyo..hehe
BalasPadamkan? Tedi pun nak kena practice senyum macam tu, mata kena buka luas-luas...
Padamsangat fotogenik :) kalau fotogedik cmna plak?
BalasPadamsuka tengok org fotogenik
tapikan org yang fotogenik realitinya di luar orang tu biasa2 ja ka
Fotogedik yg posing tangkap gambar sendiri depan cermin.
PadamFotogenik orang biasa2 je, tapi tiap kali gambar dia diambil, dari sisi mana pun, dia tak posing apa pun, gambar dia menjadi dan memukau, x kekok macam kayu, senyum pun real, bukan dibuat-buat....
Tu bagi Tedi lah, hehehehe
menarik tapi macam ngeri takut lak. hehehe
BalasPadamhahaha.. kalau terjumpa sendiri ni mungkin rasa seram juga takut ada entiti lain telah merasuk si Ponyo ni... hihihi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.