Kawan-kawan tahu apa itu bedung?

 
Bedung adalah teknik membalut bayi dengan kain.
 
Ia dipercayai membantu menenangkan bayi, mengelakkan bayi menangis dan membantu bayi tidur lena.
 
Adakah lebih baik bayi dibiarkan bebas bergerak supaya pertumbuhan mereka tidak terjejas? Bayi perlu dibedung, cuma jangan dengan teknik yang salah! Tapi jangan tanya Tedi macam mana nak bedung bayi sebab beruang tidak perlu dibedung.
 
Makcik kepada Mommy pun pernah memberi amaran kepada Mommy supaya bedung Sakinah ketika tidur supaya tidak terkejut dan diserang sawan. Sawan apa namanya, Tedi lupa pula. Mungkin sawan sangkut?
 
Siapa itu Sakinah? Tak perlu kenal siapa dia, tak penting pun...
 
Tetapi, professor Nicholas Clarke daripada Southampton University Hospital yang terletak di England menasihatkan ibu bapa bahawa teknik bedung yang salah akan menjejaskan pertumbuhan pinggang bayi mereka!
"Untuk membenarkan pertumbuhan pinggang yang sihat, kaki bayi sepatutnya dibiarkan bengkok ke atas dan ke arah keluar dari pinggang mereka. Posisi ini membenarkan perkembangan semulajadi sendi-sendi pinggang." - tulis Clarke dalam jurnal Archives of Disease in Childhood.
Pakar juga memberi amaran bahawa membedung bayi terlalu ketat boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kepanasan atau mati dalam buaian.
 
Sama seperti orang dewasa, mungkin kaedah terbaik adalah dengan membenarkan mereka menangis.
 
Jika tidak setuju dengan mereka, sila belajar kaedah bedung yang betul dan selamat!
***

Sumber bacaan Tedi: