Pada suatu masa, terdapat sebuah negara yang terletak di negeri atas angin.
Ibnu Sahari: Asal-usul angin. |
Negeri atas angin tiada kaitan langsung dengan "Negeri di bawah bayu".
Negeri di atas angin itu yang Tedi namakan sebagai NAI telah memberikan subsidi kepada penduduk mereka yang ingin memasang panel solar di bumbung kediaman mereka.
Subsidi itu bernilai 50% daripada kos pemasangan panel solar tersebut.
Yana Yassin: Sistem Solar PV pertama Petronas |
Selain penduduk itu mendapat elektrik percuma (jika sepenuhnya menggunakan solar), mereka juga boleh menjual sebarang tenaga elektrik yang berlebihan (jika ada) kepada syarikat pembekal elektrik (seperti Tenaga Nasional Berhad di Malaysia).
Jika tenaga solar itu tidak mencukupi, mereka masih boleh menggunakan elektrik yang dibekalkan.
Meter elektrik mereka boleh berundur balik jika penduduk itu membekalkan tenaga elektrik solar kepada syarikat bekalan kuasa elektrik melalui grid bekalan kuasa elektrik.
Inisiatif ini dilakukan kerana para pemimpin NAI mahu mengurangkan kos penggunaan elektrik selain mengurangkan bebanan pada grid bekalan kuasa elektrik mereka.
Alangkah beruntungnya penduduk di NAI kerana ada pemimpin yang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa membebankan rakyatnya.
Tapi kalau di Malaysia, nescaya akan keluar kenyataan, "Kita perlu naikkan tarif elektrik untuk menggalakkan rakyat kurangkan penggunaan elektrik".
Ketika mendengar kenyataan "cerdik" seperti itu Tedi rasa nak hantuk kepala ke dinding.
Nota kaki :
Atas Angin - negara di sebelah barat.
20131002
5 Ulasan
nak galakkan rakyat kurangkan penggunaan elektrik.. tapi kat putrajaya tu dah banyak mana tenaga elektrik yang terbazir setiap malam.. akak singgah menabung hishop.. :D
BalasPadamya betul, Tedi setuju dgn akak... tapi tak tahulah kalau Putrajaya tu guna solar ke, kincir angin ke, ataupun kincir air untuk jana letrik di sana...
Padamtapi fokusnya bukan pasal "galakan" penjimatan elektrik tu, tapi metode yang digunakan untuk "menggalakkan" tu...
Memang ada subsidi tu tapi taklah sampai 50% drp kos pemasangan mcm cik tedi sebut tadi.
BalasPadamWe have that in Malaysia (Feed-in Tariff mechanism) but the incentive is very limited to few lucky home owners who got their name plucked from the ballot box
wah menarik tu!
PadamFeed-in tariff tu tak tertakluk kepada semua yang join la ek.
Kalau ada sumber, kongsikanlah dengan Tedi. :)
saya setuju..negara luar pesat membangun..negara kita membangun :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.