Manusia mungkin tahu betapa pentingnya tidur pada waktu malam, namun para saintis masih tidak tahu mengapa?
- Kini para penyelidik dari University of Rochester di New York mengemukakan satu teori baru.
- Teori ini dikemukakan hasil kajian mereka ke atas Sistem Glimfatik (glymphatic).
- Sistem ini mungkin ada hubungan bau-bau bacang dengan Sistem Limfa (lyphatic) yang terkenal membantu tubuh manusia mempertahankan diri mereka daripada anasir-anasir asing (virus/ bakteria).
- Sistem Glimfatik baru sahaja ditemui pada tahun lepas.
- Ia berfungsi menyingkirkan bahan kumuh daripada otak sebelum membawanya ke hati.
- Semasa tidur, para pengkaji mendapati Sistem Glimfatik ini mempunyai kekuasaan 10 kali lebih kuat (atau aktif).
- Kenapa? Mereka belum ada jawapannya namun mereka spekulasi bahawa pada masa tidur, kurang tenaga digunakan oleh tubuh, dan tenaga ini dapat disalurkan kepada Sistem Glimfatik tersebut.
Nampak gaya persoalan Tedi selama ini mungkin akan menemui jawapannya tidak lama lagi.
P/S: Tedi je bagi nama Sistem Glimfatik tu sebab tiada rekod versi Bahasa Malaysia.
Sumber rujukan rasmi bagi coretan Tedi ini:
18 Oktober 2013
4 Ulasan
menarik. baru tahu mengenai sistem ni
BalasPadamTedi pun baru tau juga :)
Padamkena tidoq lelama skit noh lepas ni
BalasPadamtidur bagi cukup, tapi janganlah terlebih...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.