Makan bertih jagung (popcorn) ketika menonton wayang seolah menjadi satu tradisi.

Tak sangka aktiviti ringkas seperti mengunyah bertih jagung boleh menghindarkan manusia daripada dipengaruhi iklan. Oleh itu kepada para pelajar janganlah sibuk mengunyah ketika belajar. Kenapa? Kenalah baca artikel di bawah sampai habis.
  • Begitu juga dengan aktiviti mengutuk bilangan iklan yang terpaksa ditonton sebelum wayang bermula.
  • Kini terdapat satu kajian yang dijalankan para penyelidik Cologne University mungkin boleh memberi khabar gembira kepada semua penonton wayang tegar.
  • Penemuan mereka yang diterbitkan dalam Journal of Consumer Psychology, menunjukkan bahawa mereka yang mengunyah bertih jagung semasa iklan ditayangkan takkan terpengaruh oleh iklan tersebut.
  • Teori yang digunapakai adalah:
    • Bibir dan lidah manusia secara automatik meniru / mengulang sebutan sebarang nama baru apabila mereka mendengar ia disebut.
    • Kemudian tanpa sedar sebutan itu diulang-ulang manusia.
    • Aktiviti mengunyah mengganggu proses tersebut sekaligus menghindarkan manusia daripada terpengaruh dengan iklan.
---
Sedapnya kalau dapat makan bertih jagung (popcorn) yang rangup. Kena cari resepi untuk dimasak sendiri di rumah, baru berbaloi.

Sumber rujukan rasmi bagi coretan Tedi ini:

  1. http://www.theguardian.com/science/2013/oct/13/eating-popcorn-cinema-advertisers

.. resepi bertih jagung popcorn karamel rangup untuk dibuat sendiri di rumah .. bertih jagung mentah boleh dibeli di .. cara membuat popcorn di rumah .. Jagung mentah akan dicampur dengan mentega ..

19 Oktober 2013