بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Sana-sini duk heboh pasal harga petrol nak naik lagi.
Nota Kosong: Fakta mengenai RON 95 - Rakyat ditipu? |
Tedi hanya menyepikan diri kerana itu bukan bidang pencapaian utama Tedi. Cukuplah Tedi aman damai bersama kucing, badak, Woolly Mammoth, gajah dan binatang-binatang lain.
Kenapalah rakyat Malaysia nak heboh sangat harga petrol RON 95 naik?
Bukankah itu adalah langkah kerajaan untuk mengangkat taraf hidup rakyat? Apabila kerajaan bagi kita guna petrol mahal, maka itu bermakna taraf hidup kita tinggi kerana gunakan barang mahal.
Apa kelas guna petrol murah!
Sepatutnya macam itulah kita berfikir. Bukan senang nak dapat guna barang mahal ni. Lebih-lebih lagi terpaksa guna. Tak dapat beg tangan mahal, cincin mahal, naik jet mahal, cukuplah bagi rakyat Malaysia merasa dapat guna minyak mahal.
Seperti kata omputeh, sharing is caring, kita semua sama-sama menggunakan minyak yang mahal, bezanya rakyat marhaen kebanyakannya tak dapat elaun kenderaan sebagaimana pemimpin mereka dapat, atau dalam bahasa lain pemimpin kita minyaknya ditaja... sedihnya ditaja oleh rakyat Malaysia sendiri.
Kan?
Rakyat Malaysia juga harus bersyukur kerana berapa sangatlah harga RON 95 yang berjumlah RM 2.10 seliter tu. Cuba tengok Perdana Menteri kita, pakcik Najib Razak, dia semestinya lagi terasa akan kenaikan itu sebab dia banyak naik jet pergi ke sana ke mari. Mesti lagi mahal harga minyak yang dia isi. Kesian dia, kan?
"Tedi, kapal terbang tak guna RON 95."
Shut up you!
~20131004~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
13 Ulasan
leyla ad gak tercakap sal kerajaan yg org duk selalu kutuk ni, tapi kne bash ngn sape ntah . nk mara2 plak . leyla just ckp je . sedeh plak .
BalasPadamBiasala tu, bila kita duk kritik, dituduh anti-kerajaan la, padahal sbg rakyat atau sbg pemimpin kita patut open minded. Kalau baik kita puji la.. Tapi x ramai yg tgok dari 2 belah pihak, masing kadang2 nak tegakkan benang yg basah je. Pendapat kita pun x semestinya betul, tp x salah kan beri pendapat, asalkan x terlalu emo. Xyah bersedih, senyum, kadangkala peel manusia yg camtu leh wat Tedi gelak seekor diri.
PadamTedi,jom kita naik basikal je la..minyak da mahal..huhu
BalasPadamNaik basikal boleh, tapi lorong basikal ada ka? Sia-sia Tedi mati beruang nanti kena lenyek dengan treller. Jalan kat Malaysia ni mana consider orang naik basikal mahupun jalan kaki. Pelancong pun Tedi tengok terkial-kial nak lintas jalan, apatah lagi warga tua.
Padamtedi tengok laporan belanjawan negara oleh so-call leaders, bila duit dibelanjakan sewenangnya, maka duit rakyat jadi mangsa. Tapi, tedi tak merasa lagi la kot, kami yang bayar cukai ni mampu nanges je la hehehe.
BalasPadamAkak Kenit kata mampu nanges, tapi "hehehe", musykil lak Tedi dibuatnya.
PadamAkak harus bersyukur kerana akak tergolong dalam golongan mereka yang layak membayar cukai. Ini bermakna cita-cita pakcik Najib Razak untuk jadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi telah tercapai!
Akak harus bersyukur juga kerana tidak termasuk dalam senarai penerima BR1M.
Er, akak jangan marah tau... hehe.
kita komen2 manja sikit.. kang terlebih komen kena pulak kan tedi.. kehkehkeh..
BalasPadambila lagi nak rasa menda mahal.. inilah masanya.
itulah... kinilah masanya, sehingga bila-bila... tak tahulah kalau ada panglima Malaysia sanggup menongkah arus perjuangkan nasib rakyat, tak kiralah dari kapal mana pun, Tedi tak kisah.
Padambaru nak cakap kat tedi yang jet tak guna ron 95.. hehe.. 'bersyukur walaupun semuanya mahal'.. haha..
BalasPadammana akak tau jet tak guna RON 95? akak ada jet ke?
PadamKenalah redha tapi jangan berputus asa mengubah suasana.
err... sebenarnya Tedi mumbling je, hehehe, tak sangka lak ramai yang sudi membaca... bab faham tu, minta2 mereka fahamlah.. asalkan jangan ada yang terasa.. rakyat Malaysia harus bersatu, tidak pro-BN mahupun pro-PR, tapi pro-Malaysia..
BalasPadamhihi.. sbb myk naik 20sen, setiap kali isi myk aefa kene isi RM21 tedi. sbb nk dpt 10 point mesra hahah.. :D
BalasPadamwah, siap kira point tu... RM 21 tu berapa liter je, tak sampai 10 liter... :) jet guna ribu-ribu liter...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.