Serangan terbaru Obor-obor ke atas ketamadunan manusia.
Sebuah loji tenaga nuklear di Oskarshamn, Sweden terpaksa ditutup akibat disabotaj oleh sekumpulan obor-obor.
Loji itu terpaksa menutup reaktor nombor 3 mereka apabila Sang Obor-obor da konco-konconya menyumbatkan diri mereka ke dalam saluran paip yang membawa air sejuk ke turbin.
Ini adalah perbuatan kedua mereka setelah menjajah loji yang sama pada tahun 2005.
Serangan itu berlaku pada 3 hari lalu dan kelihatan seolah-olah mereka menguasai loji tersebut.
"Ini akan menyedarkan manusia, walau sehebat mana pun pencapaian mereka, takkan dapat melawan ketentuan Allah." - lapor seekor obor-obor apabila ditemuramah Tedi.
Sementara itu manusia pula semakin risau dengan keterjejasan mereka dek serangan demi serangan yang dilakukan oleh Sang Obor-Obor.
"Serangan obor-obor ke atas manusia semakin menjadi-jadi, perbuatan mereka sungguh melampau!" - Lene Moller, penyelidik di Swedish Institute for the Marine Environment.
"Jumlah mereka kali ini lebih banyak. Kami tidak pernah melihat mereka dalam jumlah seperti ini!" - Emmy Davidsson, jurucakap OKG yang menyelia loji tersebut.
Namun loji itu telah dibuka pada hari ini (Rabu) setelah Tedi dengan diplomasinya mencadangkan mereka agar berundur. Ini adalah supaya pihak manusia di Sweden tidak menggunakan alasan bekalan elektrik terputus untuk menaikkan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat.
Tiada sebarang bekalan elektrik terputus dilaporkan.
Coretan interpretZZ mengenai Obor-obor:
Sumber coretan Tedi:
- Jellyfish clog pipes of Swedish nuclear reactor forcing plant shutdown - saluran paip disumbat obor-obor menjadi punca loji tenaga nuklear Sweden terpaksa ditutup.
- Nuke plant back online after jellyfish foul-up - loji tenaga nuklear kembali beroperasi selepas diserang obor-obor.
- Jellyfish force nuclear power plant to shut down after blocking pipes. - oboo-obor memaksa loji tenaga nuklear ditutup selepas menghalang paip.
6 Ulasan
Hu..bijak obor2 tu tedi..
BalasPadamjangan pandang obor-obor sebelah mata tau... :P
Padamsi lembik yang berbisa... itulah obor2
BalasPadamwah, puitis sungguh... :)
PadamOwh pernah tengok ada gambar tentang hal, beribu2 obor2 kt kawasan tu..
BalasPadammacam dalam filem Finding Nemo gamaknya?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.