Mungkin kawan-kawan kenal si hartawan Amerika Syarikat, pakcik Donald Trump.



Beliau merupakan bos dalam rancangan temuduga kerja realiti TV (televisyen), The Apprentice.

Pakcik ini sungguh kaya namun Tedi tak ambil pusing berapa kayanya dia ni.

Yang menghairankan Tedi ialah gaya rambutnya, daripada mana dia dapat inspirasi untuk menggayakan gaya rambut sebegitu?

Pandangan sisi gaya rambut Donald Trump yang disisir (disikat) lurus ke depan dan ke belakang. Kalau Tedi menggayakan rambut sebegini, sudah pasti akan dikutuk oleh Mommy.

 

Akhirnya persoalan itu terjawab juga apabila seorang jurugambar terrakam gambar yang menunjukkan siapakah sumber inspirasi kepada Donald Trump untuk menggayakan gaya rambut sedemikian.
 
Jurufoto bernama Sandy Wiskeman itu hanya menyedari jawapan kepada rahsia itu apabila dia merakam beberapa gambar Burung Kenari Golster. Di dalam foto itu terlihat ada individu yang menggayakan gaya rambut serupa Donald Trump.
 
Kini individu itu mungkin takkan hidup aman setelah fotonya tersebar di internet. Pastinya Donald Trump takkan mengaku bahawa bukan dia penggaya asal gaya rambut itu.
 
Individu itu mungkin akan disaman!
 
Inilah foto yang dimaksudkan...
 
 
Serupa tak? Serupa kan?
 
Kita bandingkan sekali lagi...
 
 
 
Berita terkini yang dimaklumkan kepada Tedi sebentar sahaja tadi, Donald Trump telah menukar gaya rambutnya supaya tidak disamakan dengan Burung Kenari Gloster.
 
Ini adalah gaya rambutnya itu.
 
Macam kenal je gaya rambut ni, hehehe.
 
 
***

Sumber rujukan Tedi bagi coretan ini:


23 Oktober 2013, 20131023.