Sudah 6 saat setelah jam berdeting 12 kali.
Hari ini adalah 26 November 2013, tarikh terakhir Master bekerja di syarikatnya ini.
Ironinya tarikh akhir ini juga merupakan tarikh kelahiran Mommy.
Jadi peristiwa manakah yang perlu diraikan?
6 tahun sudah berlalu... satu tempoh yang tidak singkat.
Dahulu, Master hadir ke syarikat ini dengan hati yang berat. Dia tiada niat mahu bekerja di sini, sebaliknya hanya menurut permintaan Mommy.
Temuduga dihadiri dengan saja-saja, tatkala tenaganya sudah lama hilang ditelan perjalanan menaiki kenderaan awam. Dahulu di Cyberjaya pengangkutan awam tidak secekap mana.
Pohon-pohon juga tidak sebanyak mana. Tiada bayang yang memayungi langkah Master membuatkan dia kepanasan ketika saat ditemuduga.
2 kali. Ya, hanya 2 kali Master menunaikan solat istikharah.
Pertama ketika Master mahu hadir temuduga di tempat kerjanya sekarang, dan kedua ketika dia bakal ditemuduga untuk kerja barunya nanti.
Hanya 2 kali itulah dia beristikharah sedangkan banyak sudah dia menghadiri temuduga. Ini mungkin tanda Master mula bersungguh-sungguh.
6 tahun, banyak peristiwa dialami. Susah senang, gelak tangis, kehadiran dan perginya kawan seperjuangan silih berganti.
Sukar.
Pilihan ini tidak sukar, jika tidak, tentunya Master takkan memilih untuk meninggalkan kawan-kawannya sekarang. Semuanya tiba-tiba lancar seolah tiada apa yang bakal menghalang.
Pilihan ini mungkin nampak baik, namun mungkin jua sebuah ujian yang tidak ketara.
Lelap.
Master sudah lama lelap. Begitu juga Mommy.
Tedi doakan mereka berdua bahagia selamanya.
Master dalam menempuhi kerjaya baru, manakala Mommy pula menempuhi zaman baru.
Amin.
Coretan ini diterbitkan buat pertama kali pada 20131126 mengisahkan perkongsian 2 peristiwa pada 1 tarikh yang sama dalam hidup Master.
3 Ulasan
Kadang-kadang kita terpaksa lepaskan sesuatu yang kita suka/sayang.. dan DIA takkan menduga kita sekiranya kita tak mampu nak menguruskannya.
BalasPadamsungguh benar kata-kata akak tu :)
PadamAmin :)
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.