Ketika mencuci komputer Master, Tedi terjumpa 2 gambar ni.
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Jempol |
- Mungkin ada kawan-kawan tak pernah dengar pun perkataan "Jempol" ni kan?
- Jempol adalah satu daerah di utara Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Pahang di bahagian Tenggara.
- Terdapat Sungai Jempol yang mungkin menjadi asal nama tempat ini (atau sebaliknya).
- Master dibesarkan dan bersekolah di daerah ini, jadi daerah ni begitu dekat bagi Tedi.
- Kalau belajar geografi, mesti kawan-kawan pernah dengar stesen keretapi Bahau? Bahau adalah salah satu pekan di dalam daerah Jempol.
- Kini pusat pentadbiran Jempol terletak di Bandar Seri Jempol yang dulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting.
- Terdapat juga PULAPOL Air Hitam yang dulunya dikenali sebagai PULAPAH. Setahu Tedi ia pusat latihan polis yang terbesar di Malaysia.
Kiriman InterpretZZ yang berkaitan dengan Jempol:
- Tedi survey homestay di Felda Lui Selatan
- Mercu Tanda Za'ba di Bandar Sri Jempol
- http://interpretzz.blogspot.com/2011/05/ternakan-ikan-di-sungai-lui.html
- http://interpretzz.blogspot.com/2006/11/hutan-lipur-serting-ulu-jempol.html
Pejabat Majlis Daerah Jempol .. |
Gambar Latihan Asas Konstabel (Wanita) Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan
Gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD Jempol), 72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.
20131125
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.