Tak sangka cempedak jadi nangka...

Hehe, tak pernah nak kirim kiriman sebegini cuma kali ni Tedi rasa gembira kerana coretan picisan Tedi pun ada manusia yang sanggup baca.

Terima kasih kepada para pengunjung, semoga bacaan anda di sini akan memberikan manfaat.

Tak sangka juga dengan kiriman yang tak sampai satu kiriman sehari pun boleh dapat jumlah pengunjung sebegini, tambahan pula tiada cerita sensasi mahupun gosip liar yang Tedi hidangkan.

gambar rekod kunjungan yang dirakam oleh Nuffnang
Tak ramai, cuma empat ribu pengunjung sahaja, tapi dah cukup ramai buat diri Tedi yang bukan siapa-siapa ni, hehehe.

Di bawah ini pula adalah rekod kunjungan yang dipecahkan mengikut minggu.

Kalau tengok angka tu macam setiap orang baca 2 halaman setiap kali melawat. Diharap mereka tidak meluat, menyampah, mahupun bosan membaca coretan di interpretZZ ini.

Alhamdulillah coretan Tedi sudah kembali berkisar di sekitar dunia haiwan dengan harapan semoga kita dapat berkongsi hidup di dunia fana ini dengan aman dan damai.

Selain itu ada juga cerita pasal diri Tedi yang tentulah tak berapa menarik untuk dibaca. Mana tak nya? Asyik-asyik pasal sekolah, hehehe.


Kiriman yang telah diterbitkan pada 20131101 adalah cerita mengenai kegembiraan Tedi menerima 10000 kunjungan dari 4503 pengunjung pada masa itu. Pada hari ini 20200509, kunjungan sebulan ialah 40000. Setelah 7 tahun angka itu mungkin masih sedikit. Pada masa itu interpretZZ sertai program iklan Nuffnang namun kini tidak lagi, interpretZZ hanya bergantung kepada iklan Google Adsense sahaja dan masih belum menuai hasilnya.