Pada suatu pagi, Mommy bertanya.
"Ulat makan daun pokok lada ni ke?"Tedi periksa dan dapati pohon lada yang Tedi tanam hampir 50% hilang daunnya. Ke mana perginya daun-daun itu?
Zasss... 2 minggu yang lalu...
"Daun pokok cili yang kerinting tu perlu dicantas."Nek Mak berkata sambil mencantas daun-daun cili yang kekerintingan. Tedi tidak bertanya lebih lanjut dan tidak pula Tedi pertikaikan.
***
Kan bagus kalau pokok lada besar Tedi menghasilkan buah seperti ini |
Jadi, pada malam tadi Tedi perhatikan pokok lada itu. Bunganya banyak namun tetap tak mahu berbuah. Tedi pun tension.
Apabila Tedi periksa, banyak daunnya yang kerinting, maka Tedi pun cantas. Sebenarnya Tedi tak berapa pasti daun mana yang kerinting, mana yang tidak, maka hampir sahaja Tedi cantas kesemuanya... hahaha...
Sambil cantas tu Tedi masih tertanya-tanya kenapa harus dicantas?
Kewujudan makhluk halus.
Sudah pasti Tedi takkan ketahui jawapannya, cuma yang Tedi perasan, daun-daun kerinting yang Tedi cantas kebanyakkannya ada makhluk halus berwarna putih!
Tedi pun segera mengambil langkah drastik, semua daun yang ada makhluk-makhluk halus itu segera Tedi cantas tanpa belas kasihan.
Hasilnya, pokok lada Tedi sudah kelihatan seperti pokok bonzai. Banzai!
Jangan sayang pokok!
Tedi tak membantah kata-kata Nek Mak itu kerana sebelum ini seorang pekebun telah berpesan kepada Tedi, kalau nak pokok bunga lawa, jangan sayang untuk cantas selalu.
Mungkin hal yang sama juga relevan dengan kes ini?
19 November 2013
5 Ulasan
Moga pokok cili berbuah kembali dengan lebatnya selepas sesi pencantasan tersebut.. ;)
BalasPadamterima kasih akak, harap2nya la kan...
PadamPokok cili ni lagi satu problem dia, semut mudah hurung. Kalau banyak sangat, silap-silap boleh mati pokok cili tu.
BalasPadammemang ada semut hurung tapi dah kurang dah sejak selalu gemburkan tanah, mungkin sarang semut tu dah terjejas dek sesi penggemburan tanah itu.
PadamCantas untuk dapatkan tunas baru yang tak kerinting dan menghapuskan makhluk perosak yang melekat di bawah daun.
BalasPadamMudah2an subur kembali.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.