Monyet dan manusia telah diciptakan untuk pantas mengesan ular.
Satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji University of California melibatkan kajian ke atas otak dua ekor anak monyet macaques.
Kedua-duanya ditunjukkan jujukan gambar-gambar dan masing-masing menghasilkan percikan neuron yang lebih pantas apabila melihat gambar ular.
Monyet-monyet yang dilahirkan di sebuah ladang di Jepun itu tidak pernah melihat ular sebelum kajian itu, namun ternyata otak mereka masih mampu menghantar isyarat bahaya kepada mereka. Malahan gambar ancaman kepada kaum mereka juga tidak mampu mencetus aktiviti otak seperti itu.
Para penyelidik percaya bahawa haiwan primat (termasuk manusia) telah berkembang untuk mengesan dan bertindakbalas kepada ular dengan secepat mungkin.
Sumber rujukan Tedi untuk coretan ini:
Kiriman ini telah diterbitkan pada 20131101.
2 Ulasan
harituu mimpi ular . sumpah scary :/
BalasPadamwah... seramnya mimpi ular... orang tua2 kata ada org nak meminang tu... hehehe
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.