Dinding putih bersih suci tidak menjana pemikiran kreatif kanak-kanak.


Itulah pesan seorang pakcik.

Dia menerima pesanan itu daripada seorang kawannya yang baru pulang dari luar negara.

Kawannya itu adalah ahli psikologi.

Ceritanya bermula apabila si kawannya itu melawat pakcik tersebut di rumahnya.

"Bersih dinding rumah kau ni"
"Ha'ah, tapi susah juga nak jaga, budak-budak tengah lasak, sibuk nak conteng sana-sini."
"Baguslah macam tu, kau biarkan je mereka conteng. Dinding yang putih bersih macam ni, tak bagus untuk pemikiran kreatif mereka."

Berkat nasihat kawannya itu, pakcik itu mencanangkan idea yang sama ke mana-mana sahaja dia pergi. Terbaru, dia melancarkan aktiviti menconteng white board di syarikatnya.

Menjadi adat ibu bapa atau penjaga melarang kanak-kanak menconteng dinding rumah tatkala kanak-kanak berada pada zaman "kegemilangan" mereka dalam mengenal alam. Kini mungkin mereka boleh fikirkan semula kerasionalan pola pemikiran mereka itu. http://dkv-unpas.blogspot.com/2010/05/inspirasi-di-dinding.html


Dec 31, 2013, 20131231