Semakin lama semakin jarang Tedi menjengah interpretZZ.
Bukannya apa, semasa musim cuti sekolah ni Tedi sibuk duk menelaah pelajaran.
Kalau Tedi duk update setiap hari apa yang Tedi belajar, tentu muntah hijau kawan-kawan Tedi di luar sana.
Banyak juga buku yang Tedi terpaksa baca, contohnya hari ini sahaja Tedi dah baca "Linq to objects", "Linq unleashed", dan "Linq to SQL".
Sekarang ni tangan Tedi gatal nak menaip komen Mommy apabila dia menonton "Projek memikat suami", semalam.
"Comelnya Emma Maembong ni", kata Mommy.
Tedi dan Master terpinga-pinga. Tedi pandang Master, dan Master pandang Tedi, kemudian kami pandang Emma Maembong, kami tenung Emma Maembong... kami garu kepala...
"Tedi... Tedi dengar tak tadi?"
"Dengarlah Master, telinga Tedi kan besar..."
"Emma Maembong tu comel?"
"Errr... nak kata hidung mancung, mancung lagi hidung Tedi... nak kata telinga capang, capang lagi telinga Tedi!"
Entahlah, tak tahulah Tedi nak kata apa sebab Mommy ni pelik.
Pernah dia kata Rozita Che Wan tu cantik padahal Tedi perati bebetul, macam pernah nampak rupa makcik Rozita dalam papan tanda jalan raya pegang stereng diikuti ayat "Awas! Kawasan kemalangan!"
Apapa pun, semua ciptaan Allah memang lawa dan cantik.
Awas, kawasan kemalangan! Tedi rasa gambar ni lagi cantik daripada Rozita Che Wan. |
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.