Baru je habis nonton "Nama aku Beng"

Syukur jika jadi hos AF 2013

Tedi tertarik untuk tonton teledrama ni sebab Zizan Razak berlakon.

Mula-mula kelakar la juga, lepas tu Tedi naik atas untuk iron baju sekejap.

Pastu bila tengok balik, Tedi sangkakan dah beralih ke drama lain sebabnya jalan ceritanya mula ke arah romantik gitu tambah sedih-sedih sebab kematian kekasih hati.

Tedi check la sinopsis, rupa-rupanya ceritanya pasal si Kamal (lakonan Zizan Razak) yang tertarik dengan jiran barunya, Lisa (lakonan Izara Aishah). Dia meminta bantuan hantu bernama Beng yang menghuni rumah sewanya itu. Si Beng ni pula rupa-rupanya bekas kekasih Lisa yang mati sebab jatuh atas lif apabila dia menggunakan lif yang sedang diselenggara.

Tedi tak layan cerita jiwang macam ni, tapi Tedi pujilah sebab peranan Kamal yang pada mulanya macam nakal-nakal rupanya adalah kawan lelaki yang jujur dan ikhlas.

Cerita macam ni barulah ala-ala cerita Korea yang ada 2 hero, cuma hero Korea lebih hensem la kot...

Apa-apa pun, tahniah dicuapkan kepada Zizan kerana berjaya bawa watak macam ni.

20131227