Sudah lama Tedi nak tahu apakah maksud perkataan ini?
Tedi tanya Mommy, Mommy pun tak tahu.
Tapi akhirnya Tedi dapati gebu itu bermaksud empuk? Agak relevan juga apabila difikirkan. Kan?
Keliru juga Tedi dibuatnya kerana apabila disebut empuk, Tedi akan terfikirkan mengenai daging. Bolehkah daging yang empuk disebut juga daging gebu? Rasanya macam tak sesuai je, macam tak kena je, macam tak gebu je.
Ini hasil kajian Tedi dari pelbagai sumber, sekadar untuk suka-suka, bersuka ria tetapi bukan bersukaneka.
Bahasa Melayu :
- Lembut :
- terutamanya ubi (dan lain-lain);
- kuih pau juga dikategorikan sebagai kuih yang gebu;
- kek, terutamanya yang tidak dibakar disebut gebu apabila isinya lembut dan tidak padat.
- gembur : (tanah);
- kulit yang penuh berisi, licin dan lembut :
- contohnya: "... pipinya yang gebu ..."
- Peribahasa "Pipi bagai pauh dilayang" bermaksud pipi yang penuh (gebu), barulah Tedi tahu...
- getah gebu : (kata nama) getah yang berupa span.
- empuk : lembut dan senang dikunyah.
Nyam-nyam, sedapnya kalau dapat kuih donut yang gebu macam ni, kan? Kuih donut menggunakan adunan yang dicampurkan dengan yis atau kita selalu panggil "ibu roti". Ibu roti tu bukanlah ibu segala roti tetapi sejenis serbuk putih yis yang digunakan untuk menaikkan adunan itu, rasanya sebab ada bekteria dalamnya yang membebaskan gas dalam adunan. Ibu roti yang Tedi kenali adalah dari jenama Mauripan, kalau tak salah eja. rossitamz-kitchen.blogspot.com: donut-gebu.html |
Inilah ibu roti yang Tedi kenali, mungkin juga kawan-kawan kenal. Aktiviti bakteria dalam yis ini terhadap adunan roti menghasilkan gas karbon dioksida lalu menjadikan roti gebu. Jadi kalau kawan-kawan inginkan kulit yang gebu, silalah telan yis ini banyak-banyak. http://abmauri.com.my/en/prod/21650 |
Haiwan yang mempunyai bulu yang empuk dan selesa untuk digomol turut dicap sebagai gebu. Contohnya macam Kucing Parsi, arnab dan juga beruang seperti Tedi. Malahan ramai yang tidak tahu bahawa Sang Singa turut mempunyai kulit yang gebu... Tak percaya? Cubalah peluk sendiri, barulah tahu... Belum cuba belum tahu lah kan? http://1blogazine.blogspot.com/2012/01/kucing-comel-putih-yang-gebu-5-gambar.html |
Merayau ke serata dunia dengan "gebu":
- Gerd Burchard adalah seorang yang berminat dengan fotografi, beliau menggunakan akronim GeBu. http://www.flickr.com/photos/gerd_burchard/9689189063/
Rujukan:
20131225
3 Ulasan
kehkehkeh.. makan yis sebab nak kulit nak gebu.. ;)
BalasPadamgelak lak akak ni, betul la tu...
PadamSense humor yang menarik. :D
BalasPadamPetua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.