Baru je habis tonton Karate Kid Binge.

Nampaknya bukan cerita Melayu sahaja yang penuh klise, tetapi cerita omputeh pun rupa-rupanya sama juga, terutama untuk siri Karate Kid ni.

Ini adalah plot-plot yang Tedi rasakan sungguh klise dalam cerita mengenai karate ni sehinggakan Tedi boleh hafal.

Watak utama adalah kanak-kanak atau remaja yang lemah.

gambar poster filem the karate kid

Cerita selalu bermula dengan pengenalan watak seorang kanak-kanak atau remaja yang lemah dan selalunya dibuli.

Ironinya, pembulinya akan menjadi pesaingnya pada hujung cerita dalam mana-mana pertandingan karate yang ditandingi.

Berjumpa guru karate tanpa sengaja.

Kebanyakan cerita karate yang Tedi tonton akan disusuli dengan pengenalan bakal guru mereka yang ditemui secara tidak sengaja.

Selalunya sang guru ditemui ketika hero melarikan diri daripada musuhnya, di mana sang guru akan membantu dan menunjukkan kehebatan karate.

Hal ini akan mendorong si hero untuk belajar karate.

Guru tidak mengajar terus.

Selalunya si guru keberatan menerima hero menjadi pelajarnya, sama ada kerana guru itu sendiri ada masalah peribadi atau kerana si guru tidak dapat menerima peel bakal muridnya.

Selepas si guru menerima si hero ini menjadi murid, dia selalunya akan menyuruh muridnya itu melakukan tugas-tugas remeh, selalunya membersihkan lantai, atau mengecat, atau menjemur kain. Cuma ada satu cerita yang menunjukkan guru menyuruh anak muridnya itu hanya memakai dan membuka baju.

Si hero akan dicederakan musuh dalam pertandingan.

Selalunya dalam pertandingan, di peringkat separuh akhir, si hero akan dicederakan pihak lawan menggunakan taktik kotor.

Guru punyai ilmu menyembuhkan kecederaan.

Setelah cedera, hero selalunya tidak akan berputus asa, sehinggalah si guru mengubatnya dengan teknik rahsia. Selalunya teknik mengubat ini akan ditunjukkan pada awal cerita.

Si hero masuk final dan gunakan gaya helang.

Ini yang paling Tedi tak tahan, langkah terakhir selalunya adalah si hero akan berdiri atas sebelah kaki (selalunya sebelah kaki lagi cedera), dan menggayakan tangannya seperti seekor helang.

Kemudian dia kan melepaskan gaya tendangannya itu dengan penuh aksi dan lawannya akan tumbang sekaligus.

Gambar karate gaya helang
Gaya helang adalah langkah akhir yang akan digunakan untuk menang.

 

Gambar karate gaya ular
The Karate Kid pula menggunakan gaya ular tetapi masih berdiri atas sebelah kaki dan tangan didepangkan ke depan dan belakang.

Dah lah tu, Tedi mengantuk dah.

20131228