Apakah itu efisyien?
Perkataan ini dicedok daripada Bahasa Inggeris, "efficient" yang bermaksud cekap atau tersusun.
Tapi Tedi bukanlah nak cerita mengenai perkataan ini.
Kisahnya Tedi seperti biasa tertonton Cerekarama di TV3 (sebab Mommy tonton).
Cerita kali ni tajuknya "Yeop Kaya Ke".
Ada satu babak di mana si Yeop ni diberi peluang oleh bakal bapa mertuanya untuk bermesyuarat dengan pelanggan syarikat mereka.
Si Yeop ni pun pergilah.
Kemudian dah habis meeting, si Yeop ni balik ke pejabat. Dalam perjalanan si Yeop berbual-bual dengan pemandu beliau.
Sampai di pejabat si Yeop disambut dengan ucapan, "Tahniah, pelanggan kita tu dah ikat kontrak 5 tahun dengan kita."
Sungguh cekap pelanggan mereka itu, Yeop baru sampai pejabat, mereka dah tandatangan kontrak!
Inilah pengajaran yang kita jarang nampak dalam cerita-cerita Melayu.
Semoga kita akan ambil iktibar dan menjadikan pelanggan Yeop itu sebagai sumber motivasi.
Sekian.
20131207
2 Ulasan
ted, kat sana banjir tak? semuga mangsa banjir sabar dengan ujian ini.
BalasPadamSepang setakat ni tak banjir lagi, alhamdulillah.
PadamDan bagi mereka yang menjadi mangsa banjir, moga bersabar dan tetap ucap alhamdulillah.
Insya-Allah, nilai ucapan "Alhamdulillah" mereka lebih mahal.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.