Kawan Master sertai rombongan membantu mangsa banjir di Kuantan.
Ceritanya lebih kepada bagaimana terujanya dia melihat kelegaan dan keterharuan pada wajah mangsa banjir apabila mereka dibantu.
Walaupun bantuan itu kecil dengan hanya kerahan tenaga membersihkan apa yang termampu.
"Tak tergambar perasaan apabila melihat wajah orang susah terharu menerima bantuan"
"Susah ke orang-orang kat Kuantan tu?"
"Mereka mungkin tak susah sebelum ni, mereka mungkin hidup senang lebih daripada kita, tapi apabila kita ditimpa bencana atau kemalangan, maka jadilah orang susah!"
Di sebalik itu kawan Master juga agak kecewa dengan mereka yang memalu gendang hero membantu mangsa banjir, heboh di berita popular TV3, namun sebenarnya tiada apa!
TV3 melaporkan kononnya mereka yang memalu gendang itu menjadi hero ketika ini, pada keadaan banjir masih teruk, membantu mangsa banjir yang kesempitan!
"Tahi lembu semua itu!", kata kawan Master.
Padahal keadaan sebenarnya banjir sudah surut dan bantuan-bantuan dihulurkan mereka yang tidak terpampang mukanya di TV3, iaitu rakyat biasa Malaysia yang prihatin.
Biasalah tu pakcik oii, propaganda penting dalam perperangan, jika tidak masakan Rambo boleh menjadi hero "membelasah" Vietnam padahal sejarah membuktikan Amerika Syarikat kalah teruk dalam perperangan di sana.
Kawan Master itu pergi ke sana dengan inisiatif sendiri bersama beberapa kawan-kawannya, dan dia berharap orang lain, rakyat marhaen Malaysia boleh menurut usaha mereka, walaupun bantuan itu sekelumit cuma.
Bagi Tedi pula, semoga musibah ini menjadi pengajaran kepada kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah proaktif mencegah banjir. Namun apa yang Tedi nampak, kerajaan Malaysia tak pernah belajar. Tengok sahaja Johor yang dulu susah nak banjir, kini menjadi mangsa rasmi banjir.
Bukanlah nak kata kita boleh mencegah banjir tapi sekurang-kurangnya mangsa banjir tidak kerap mengalami kerugian. Kasihan mereka.
Tedi tengok sungai-sungai di Malaysia ni teruk bebenar, semakin cetek dan tercemar, jadi itu mungkin balasan atas apa yang kita lakukan.
20131217
2 Ulasan
pembangunan yang tidak terancang dan pencemaran yang berleluasa menjadi salah satu sebab kenapa banjir senang berlaku..
BalasPadamwhat u give, u take back... apa yang kita buat kepada alam ni, alam balas balik ke kita... kan akak kan?
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.