Semalam saja je pergi merayap ke MYDIN Mall di Seremban 2.

MYDIN Mall Seremban 2 yang baru dibuka pada 13 Disember 2013 lalu. Saiznya mungkin 2 kali ganda MYDIN Mall USJ dengan bangunan 4 tingkat. Terletak di Jalan S2 B7 dengan ruangan meletak kereta yang banyak dan percuma. Lebih kurang 30 minit dari Sepang dengan menaiki kereta.

Mungkin ramai yang dah tahu, kami kalau shopping selalunya ke MYDIN Mall USJ.

Jiran-jiran dan rakan-rakan pun terkejut kerana kami shopping jauh-jauh ke USJ. Jadi bila MYDIN Mall dah dibuka di Seremban 2 ni, kami pun tak mahulah melepaskan peluang cuba shopping di sana.

Semalam kami cuba 2 jalan, semasa pergi kami gunakan jalan B38 Labu. Jalan negeri 2 lorong yang agak menyeksakan jika ada lori.

Semasa pulang pula kami lalu Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar di Nilai.

Perjalanan mengambil masa 30 minit lebih kurang.

Apabila bangunan MYDIN Mall Seremban 2 ni kelihatan dari jauh, kami dah tahu ia bangunan yang besar dan gah dikelilingi kawasan perumahan.

Besarnya mungkin lebih 2 kali ganda saiz MYDIN Mall USJ, travellator yang Tedi naik semalam je dah 10 buah, dan ruang niaga sahaja 4 tingkat, kalau kira tingkat parking, jadilah bertingkat-tingkat.

Pentas untuk nyanyi karaoke pun 2 kali ganda lebih besar. Sesiapa yang selalu pergi MYDIN USJ mungkin tahu kehadiran pentas untuk apa-apa persembahan dan nyanyian di sana.

Inilah rupa sejenis makanan yang dinamakan Sizzling Yee Mee. http://onniesham.blogspot.com/2011/01/sizzling-yee-mee.html

Bahagian makan je lemah sikit.

Semalam Master makan sizzling yee mee di sana, rasanya tak sesedap di USJ. Harga makanan sama macam di USJ jadi agak terkejut la juga sebab sangkakan makanan di Negeri Sembilan murahlah sedikit. Harga air pun sama macam di USJ, tapi gelas di USJ lebih besar!

Ruang makan memang selesa tapi standard kebersihan mungkin kurang berbanding di USJ.

Barang memang banyak, tapi kurang pilihan.


Sebut pasal barangan, mungkin kerana baru dibuka, pilihan agak kurang sedikit berbanding di USJ, tapi kuantitinya memang banyak.

Malangnya kemudahan mesin ATM masih belum ada di sana, jadi sediakan wang yang secukupnya jika mahu membeli-belah di sana.

Rasanya mungkin selepas ini akan shopping di sana sahaja kerana ruangnya memang selesa ditambah dengan ruang meletak kereta yang melambak-lambak. Selain itu banyak juga ruangan yang disewa oleh peniaga-peniaga kecil yang menjual macam-macam barangan.

Pameran oleh penjual hartanah pun dah hampir separuh dozen semalam, sama juga dengan pameran kereta yang bermacam-macam jenis.

Akhirnya, impian Tedi untuk melihat MYDIN Mall dibuka di kawasan yang lebih hampir dengan rumah kami telah menjadi kenyataan...

Harga tol pun RM3.10 kalau tak silap, bolehlah...

MYDIN Mall, tak nak ambil Tedi jadi duta ke? Hehehe...
20140115