Petang tadi temani Master makan tengahari di Anis Puteri.

Tedi balik je sekolah tadi, Master jemput dan bawa Tedi pergi teman dia makan di Restoran Anis Puteri Pantai Dalam. Restoran ini terletak berdekatan dengan Stesen Komuter KTMB Pantai Dalam, jadi kita boleh mendengar keretapi dan komuter melintas sambil makan-makan di sana.

Macam tu la kot nama kedai makan tu. Penuh kedai makan tu, mungkin kerana masakannya yang ke-Kelantan-an. Bukan sahaja ada nasi kukus, lauk-pauk, ulam-ulaman, malahan ada juga kuih-muih tradisi Kelantan.

Master tidak berapa menggemari masakan di sana kerana lauk-pauk dan gulai-gulai di sana agak manis rasanya.

Gambar restoran Anis Puteri Pantai Dalam
Inilah restoran yang Master pergi dengan kawan-kawan-kawan beliau. Gambar-gambar boleh tengok di http://hamydy.wordpress.com/2011/11/30/restoran-dangau-anis-putri-corner-pantai-dalam/, memandangkan gambar ini diambil pada tahun 2011, Tedi harap ini adalah kedai yang sama di lokasi yang sama. Tak perasan pula Tedi ada perkataan Dangau di depan nama kedai tu.

Syukur masih ada orang Melayu mahu berniaga dalam bidang penyediaan makanan di bumi Malaysia ni yang rata-rata Tedi lihat didominasi sama ada orang Kelantan, orang Siam, dan orang Indonesia (masakan minang).

Mungkin Tedi kurang periksa maka tak perasan pengusaha lain atau mungkin Tedi bias? Tak tahulah, itu yang Tedi selalu terserempak.

Nasi putih berlaukkan ikan masin?

Nak dijadikan cerita, Master bersama 3 orang kawannya makanlah di sana. Kawan-kawan Master semuanya makan lauk yang best seperti ikan bakar, daging, gulai ayam, hati dan sebagainya.

Cuma Master sahaja yang makan berlaukkan ikan masin goreng dan ayam goreng...

gambar resepi ikan masin goreng special
Ini adalah contoh ikan masin goreng. Hanya sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan cerita ini. http://ummiazilla.blogspot.com/2011/04/ikan-gelama-masin-goreng.html
"Ikan masin jer yang kau makan? Jauh-jauh aku bawak"
"Sedap nih, kalau kat kenduri jumpa ni, memang aku makan ni je."
"Korang kalau nak beli rumah, makan macam dia ni, jimat.", gurau kawan Master lagi, kepada kawan-kawan Master yang masih tak mampu membeli rumah di negara Malaysia yang aman ini.
"Kalau nak makan ikan masin ni, aku boleh gorengkan."

Itulah dialog-dialog kotaraya kawan-kawan Master menyakat Master. Tedi tengok Master cool jer. Dah memang favourite dia, apa dia peduli orang nak kata apa?

Pernah di Gombak dulu Master ambil ikan sepat masin goreng 2 ekor yang dicurah dengan kari. Itu lagi meleleh air liur. Kalau di kenduri ada lauk yang itu, itu je lah dia makan, hehe.

Kemudian datang makcik mengira harga makanan mereka. Kawan-kawan Master masing-masing makan di sekitar 8.50 Ringgit Malaysia.

"Maaflah ye, aku nak tengok berapa harga kau makan", kata kawan Master sambil mengambil "resit" harga makanan Master.
"Mak ai, RM 7.50! Aku tarik balik la apa aku cakap tadi."
"Aku ingatkan kau nak berjimat, rupa-rupanya kitorang silap. Mahal juga makanan kau ni."
"Itulah, jangan pandang ikan masin tiada harga, makanan eksotik ni tau!", kata Master dengan riya'.

Tedi pelik kenapa Master harus bangga?

Semasa nak beredar dari kedai itu, Tedi ambil seberapa banyak tisu yang boleh, nak cover kemahalan ikan masin goreng seekor yang kononnya eksotik tu...

P/S: Cerita benar ini telah diolah supaya Master nampak seakan-akan seorang hero yang baik, cool dan macho.

Apakah itu eksotik?

Tedi sebenarnya tak faham apa yang dimaksudkan eksotik seperti yang disebut oleh kawan-kawan Master, jadi Tedi Bing.com apa yang patut.

Ini adalah maksud-maksud yang Tedi berjaya dapatkan.

  1. Eksotik adalah serapan Bahasa Inggeris, exotic, yang bermaksud:
    1. berasal dari luar; bukan tempatan; sesuatu yang asing;
    2. beraksi luar biasa atau pelik dari kebiasaan di sesuatu tempat;
    3. sesuatu perkara baru yang unik atau bersifat eksperimen.

Barulah Tedi faham kenapa K.Rajagobal suka eksperimen, rupa-rupanya dia penggemar eksotik!

Jan 3, 2014