بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Khatib adalah mereka yang membacakan khutbah pada hari Jumaat

Khutbah yang dimaksudkan adalah khutbah khas sebelum solat Jumaat atau boleh juga khutbah sunat selepas solat sunat Aidilfitri atau Aidil Adha.

Selain daripada itu khutbah boleh juga dikatakan sebagai ucapan mengandungi kata-kata nasihat. Maksud khutbah yang sebenarnya tiadalah Tedi maklumi dan Tedi pada malam ini agak kemalasan untuk menyelak kamus.

Definisi : (perkataan Arab) pidato (biasanya yang mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan. Contoh ayat: Sembahyang Jumaat didahului oleh khutbah.
Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat
Gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berkhutbah. Khatib sedang berkhutbah.

Perkataan khutbah ini yang Tedi benar-benar maklumi ia berasal daripada perkataan Arab. Namun jika dikaji lebih lanjut mungkin sahaja ia akan berasal daripada bahasa lain pula kerana manusia semuanya bersaudara, daripada bapa dan ibu yang sama iaitu Adam alaihissalam dan Hawa.

Khutbah memang bagus kerana ia memberi ilmu dan lazimnya isi khutbah mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran dan juga Hadith Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.

Cuma apa yang membuatkan Master sedikit terkilan ialah ada khatib yang tidak mahu memetik nombor surah atau hadith yang dibaca. Master merasakan bahawa petikan nombor ayat dan nama Surah al-Queran itu penting kerana Master selalu tak ingat ayat al-Quran yang dibaca dan sekurang-kurangnya dengan nombor surah atau hadith itu, insya-Allah ma'mum boleh merujuk kembali di kemudian hari untuk mengambil manfaat yang terkandung di dalamnya.

Jadi diharapkan kepada semua khatib di luar sana, sedialah berkongsi nombor surah atau hadith yang dibaca dalam khutbah masing-masing.


~20140121~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih