Semalam belajar sejarah mengenai teknologi paparan moden oleh Microsoft.
Mengantuk juga la Tedi belajar semalam, tapi fakta sejarah itu memang menarik.
Alkisahnya antaramuka Windows telah dibangunkan menggunakan teknologi Windows 3.0 yang telah berusia 15 tahun.
Teknologi ini terletak dalam satu fail bernama user32.dll kalau pakcik-makcik pernah perasan.
Kebergantungan kepada fail ini menyebabkan antaramuka Windows tidak jauh berbeza, dan kalau berubah pun ia datang dengan harga yang mahal iaitu penggunaan memori yang banyak dan prestasi perisian yang perlahan.
Penggunaan teknologi bari ini membenarkan Windows tampil dengan antaramuka yang lebih ringan dan cantik. |
Tapi bagi kita mungkin masih laju kerana komputer zaman sekarang adalah beribu kali ganda lebih pantas daripada komputer 15 tahun dahulu.
Sementara itu Apple melalui sistem operasi Mac OS pula telah hadir dengan teknologi paparan lebih moden menyebabkan perisian Mac lebih laju. Hal ini hanya akan disedari oleh mereka yang pernah menggunakan komputer Apple.
Sebab itulah menjadi budaya tipikal masyarakat Malaysia yang bekerja di bahagian grafik atau rekabentuk untuk menggunakan Macbook. Bukan hanya di Malaysia malahan di luar negara juga.
Dikuasakan oleh Direct-X
Menyedari hakikat ini, kumpulan pembangunan Microsoft telah mereka satu framework baru daripada kosong yang akan menggunakan kuasa teknologi Direct X, satu enjin pemprosesan grafik yang dihasilkan Microsoft yang digunakan secara meluas oleh pembangunan permainan komputer.
Teknologi paparan baru ini diberi kod nama Avalon sempena satu kawasan misteri yang kabur dan berkabus seperti juga teknologi baru ini.
Akhirnya mereka berjaya menghasilkannya dan teknologi ini diberi nama Windows Presentation Foundation.
Teknologi ini selain menggunakan teknologi Direct X, ia juga menggunakan teknologi antaramuka web, jadi antaramuka boleh dihasilkan lebih canggih seperti lutsinar, paparan 3D dengan penggunaan kuasa komputer yang rendah.
Agaknya Windows 8 dengan paparan Metro tu adalah hasil penggunaan teknologi baru ini?
Bacaan lanjut: http://en.wikipedia.org/wiki/Windows_Presentation_Foundation
Sumber lain Tedi baca 2-3 buah buku...
20140104
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.