Kucing dan penguin memang comel.
Jadi apakah yang akan berlaku jika mereka bertemu?
Adakah kecomelan mereka akan bertukar kepada sesuatu yang menggerunkan umat manusia dan seluruh dunia?
Mungkin kita masih belum sempat melihat keletah mereka bersama.
Malahan dalam filem Madagascar pun , tiada kucing yang Tedi perasan hadir untuk membanteras kenakalan Sang Penguin.
Jika tiada, maka kita ada-adakanlah...
Kucing-Penguin adalah makhluk ajaib yang terhasil apabila Sang Kucing bergabung kuasa dengan Sang Penguin. Mereka boleh bergabung walaupun mempunyai struktur anatomi badan yang berbeza kerana mereka mempunyai satu persamaan iaitu.... mereka makan ikan. http://stuffonmycat.com/stuff-on-my-cat/i-am-a-penguin |
Ini bukan kucing. Ini juga bukan penguin. Ini adalah Sarjan Misai, seorang anggota polis yang tegas bekerja dengan Polis Di Raja Malaysia di jabatan Roda-roda Kotaraya yang kemudiannya dijenamakan semula kepada jabatan Roda-roda Kuala Lumpur. Selain itu Sarjan Misai juga kerap membantu di jabatan Gerak Khas apabila polis-polis junior lebih banyak berborak, bergurau senda, dan juga ber-SMS. mstar.com.my: Misai A Galak Laris Sehingga Ke Singapura. |
Kadang-kadang tatkala bosan menanti ikan yang bakal menjadi santapan, mengintai bintang pun ok juga, kan?http://www.etsy.com/listing/36532049/aceo-art-print-cat-275-penguin-painting |
Siapa kata Sang Kucing dan Sang Penguin tidak mengikuti perkembangan fesyen terkini? Merekalah yang memperkenalkan mafla dan juga topi salji. Yang peliknya, mereka pakai sebab di kawasan bersalji, sejuk... tapi orang Malaysia pakai di kawasan mentari memancar terik panas membahang! http://www.catsfineart.com/html/winter_cats_6.php |
Macam mana?
Hebat tak spekulasi Tedi mengenai aksi Sang Kucing dan Sang Penguin apabila mereka bersama, bergabung, meletop?
20140111
2 Ulasan
kucing ngan penguin tu da 1 hal., yg buat aku rasa mcm nk karate tngkuk tedi ni cmner sarjan misai leh masuk dlam ini cerita., buat aku sakit perut jer., hahaha :D
BalasPadamwah, siapa cakap Sarjan Misai tiada kena-mengena... misai tu trademark tau, kalau nak cerita kena cerita pasal Sarjan Misai sekali... :P
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.