بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Yeay, cuti Master dah diluluskan.

Gambar di tepi pantai dan laut di Padang di Sumatera Barat di Indonesia
http://www.tripadvisor.com.my/Tourism-g297726-Padang_West_Sumatra_Sumatra-Vacations.html

Esok pagi boleh terbang ke Padang. Indonesia.

Tapi malam ni kena tolong Master sediakan laporan untuk dihantar kepada bos beliau.

Kena bersihkan kamera juga.

Kamera DSLR CANON 550D tu baru je dilengkapkan dengan lensa TAMRON AF18-270MM F3.5-6.3 DI (CANON) VC yang baru dibeli di 1-Utama pada 14 Januari 2014 lalu.

Lensa asal dah tak berapa betul, ia tak auto-fokus sebaliknya jadi semi-auto.

Lensa kamera digital TAMRON itu dipilih kerana keupayaannya untuk mengambil gambar jarak jauh (telefoto).

Kapal terbang esok jam 7 pagi. Disebabkan dah daftar-masuk melalui laman web, kami hanya perlu berada di LCCT pada jam 5 pagi.

Semoga kami selamat pergi dan selamat pulang.


~20140123~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm