بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Siang tadi Tedi selamat sampai di Padang, Indonesia.
Kemudian kami terus bergerak ke Bukit Tinggi. Ada beberapa tempat kami singgah, tapi Tedi nak cerita pasal berita mengenai banjir yang sedang melanda Jakarta.
Beritanya sangat berinformasi dan memang banyak liputan yang dibuat. Rasanya hampir 50% berita adalah mengenai banjir!
Mula-mula berita pasal masalah kesihatan akibat banjir, banjir mulai surut, penyediaan makanan untuk mangsa banjir, aktiviti pembersihan selepas banjir, kerajaan takkan beri pampasan kepada mangsa banjir, kebakaran di pusat pindahan banjir, dan mangsa banjir mati lemas.
Banyak kan berita bertajuk banjir?
Tedi tak berganjak menonton berita tu kerana ia betul-betul berita! Dan berita itu memang membantu Tedi mengetahui kesadisan masalah banjir di Jakarta.
Cuba kita imbas kembali berita banjir edisi Malaysia... Adakah ia memberi maklumat bagaimana keadaan banjir di negara kita?
20140123
6 Ulasan
wahh seronok tedi berjalan-jalan.. keadaan sana teruk ke? kt Malaysia tgh hot issue suhu rendah, di Kelantan Terengganu suhu turun sampai 17.5'c sekarang.. yg psl banjir tu, kt Malaysia ok lg kot hehe
BalasPadamTedi kat Padang, Sumatera Barat... memang tak banjirla, tambahan sini kawasan bukit-bukau, gunung-ganang. Padang kawasan tepi laut, yg bukit bukaunya di Bukit Tinggi.
Padamsemoga perjalanan tedi baik2 sahaja :) bencana alam ni, tiap2 tahun berlaku.
BalasPadamThanks akak. Bencana sebagai reminder. Kan?
Padamtajuk politik vs banjir banyak la...;D
BalasPadamItulah pasal, huhu...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.