Kalau nak komen banyak nanti orang cop Tedi memburuk-burukkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu pula.

Hendak dijadikan cerita, ketika berkunjung ke Mydin Mall seperti yang Tedi ceritakan dalam kiriman bertajuk "Besarnya Mydin Mall Seremban 2", Master telah mendaftar untuk menggunakan talian pasca-bayar U Mobile dengan harga RM 28 sebulan.

Tablet GOOGLE Nexus 7 keluaran ASUS. http://www.enterpriseitnews.com.my/coverage/item/1446-the-nexus-7-tablet-launch-in-malaysia-the-first-in-sea.html

Talian ini Master gunakan pada tab Nexus 7 milik Tedi (yang selalu Mommy culik buat main Candy Crush tu), agar Tedi boleh install Whatsapp dan apa-apa app yang perlukan nombor telefon. Selain itu dengan internet mobil, diharap ia akan membantu kami dalam perjalanan apabila kami memerlukan peta atau penunjuk arah.

Malangnya di Salak Tinggi ni pun tak dapat rangkaian U Mobile ni sebaliknya perlu roaming. Orang kata U Mobile roaming gunakan rangkaian Celcom. Dalam laman web mereka, Salak Tinggi dinyatakan sebagai kawasan liputan mereka.

Di pejabat Master di Bangsar South pun line U-Mobile ni hidup segan mati tak mahu.

Tapi Master tak kisah pun sebab dia banyak gunakan wifi sahaja, tak perlu sangat guna rangkaian mobil ni.

Yang penting sekarang Nexus 7 Tedi dah ada Whatsapp dan yang terbaru, Telegram.

Apps Telegram merupakan alternatif baru yang percuma kepada Whatsapp denagan keupayaan memasukkan 200 orang ke dalam satu kumpulan. http://www.gizmodo.co.uk/2013/11/the-weeks-best-android-iphone-ipad-and-windows-phone-apps-10/

Cuma nasihat Tedi kepada kawan-kawan, kalau nak guna U-Mobile ni, gunakan dulu yang versi prepaid untuk uji prestasinya di kawasan anda.

Apa-apa pun harga yang ditawarkan memang termurah setakat ini, dan bagi budak sekolah macam Tedi ni hanya itu yang Tedi mampu. Huhuhuhu...

*************
30 Januari 2014