Pada suatu hari, tiba-tiba perut Tedi memulas!

http://shaffik.com/2008/12/09/tolong-la-pam-lepas-guna/

Tedi pun segera bergegas ke tandas yang berhampiran. Sebagai beruang yang terlatih dan berpelajaran, Tedi tidak kekok untuk meminjam tandas manusia ketika panggilan alam melambai-lambai.

Ketika Tedi sedang serius berurusan di dalam tandas tersebut, tiba-tiba sahaja Tedi terdengar satu bunyi.

Mula-mula bunyi itu perlahan sahaja. Kemudian ia semakin kuat, dan akhirnya padam.

Kemudian ia berbunyi semula, nada panggilan Ombak Rindu dengan sayunya berkumandang dalam tandas yang syahdu itu.

Ceh, bunyi telefon rupanya, buat Tedi cuak je.

Kemudian bunyi itu padam semula, kerana tuannya mengangkat telefon itu.

"Assalamu'alaikum... bla bla bla"

Inilah manusia, dalam tandas pun nak gunakan telefon.

Keluarlah tandas dulu.

Hello, Tedi dalam tandas ni, takleh jawab telefon. Sila telefon pada hari dan waktu yang sama ya... http://www.dreamstime.com/stock-photos-teddy-bear-phone-image2571803


Bukannya Tedi cemburu sebab dia guna iPhone 5, tapi bila muslimin jawab telefon selalunya mereka akan beri salam.

Tidakkah mereka perasan yang as-Salam itu salah satu nama Allah Yang Maha Esa? Apa hukumnya memberi salam ketika dalam tandas?

Perkara yang sama juga berlaku apabila mereka bertemu kawan dalam tandas...


"Assalamu'alaikum.. apa khabar?"
"Alhamdulillah ...", jawab pula si kawan.

Apa kes beri salam dan sebut nama Allah dalam tandas tu? Berbuallah di luar.

Bagi Tedi nama Allah subhanahu wa ta'ala tu takkan terjejas pun dek tandas tu kerana semuanya ciptaan Allah.

Namun sebagai makhluk dan hamba-Nya, kita kenalah men-Suci-kan nama-Nya, bukan sahaja daripada disebut di tempat dan pesta yang tidak sesuai, tetapi juga daripada fitnah yang dilemparkan oleh kaum kafir dan kaum muslimin itu sendiri.

Wallahu'alam.
20140120