بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tedi menerima khabar gembira mengenai pelepasan 20 ekor Orang Utan di mana 7 ekor daripadanya jantan ke dalam sebuah hutan lindungan Bukit Batikap di Kalimantan Tengah

Pembebasan ini dilakukan oleh Yayasan Kesinambungan Orang Utan Borneo (The Borneo Orangutan Survival Foundation).

Orang Utan di mana?

Sejak 2012, sebanyak 140 ekor Orang Utan telah dibebaskan ke habitat semulajadi mereka di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Timur.

Angka itu diberi oleh pakcik Denny Kurniawan yang bertanggungjawab menjadi pengurus kepada Program Pengenalan Orang Utan (Orangutan Reintroduction Program).

Kini Bukit Batikap mempunyai 119 ekor Orang Utan.

Pelakon Pulau Orang Utan

Orang Utan yang dibebaskan di antaranya bernama Jupiter, Mercury, Reno, Hamlet dan Manisha. Kelima-lima Orang Utan yang Tedi sebutkan tadi adalah pelakon dalam filem Pulau Orang Utan (Orangutan Island) yang diteritkan NHNZ dan ditayangkan di saluran Animal Planet TV.

gambar sepasang mata Orang Utan

Usaha ini merupakan sebahagian daripada strategi dan pelan tindakan kerajaan Indonesia yang dinamakan Perlindungan Orang Utan 2007-2017 (Orangutan Conservation 2007-2017).

Pelan tindakan itu telah dilancarkan presiden Indonesia dalam Persidangan Perubahan Iklim (Climate Change Conference) 2007 di Bali di Indonesia.

Mengikut pelan tindakan itu, semua Orang Utan dalam rumah perlindungan perlu dibebaskan ke habitat mereka menjelang tahun 2015, dengan tujuan utamanya mengimbangi populasi dan habitat Orang Utan dari sekarang sehingga 2017.

Tujuan lain adalah untuk membebaskan semua Orang Utan dan menutup rumah perlindungan Orang Utan di Indonesia pada 2015.

Harus Tedi tekankan bahawa ribuan Orang Utan telah dibunuh atau kehilangan tempat tinggal akibat aktiviti pembangunan oleh manusia.

- Palangka Raya, Kalimantan Tengah, 7 Februari 2014, 20140207.

Sumber rujukan Tedi :

  1. http://www.antaranews.com/en/news/92572/20-orangutans-released-into-protected-forest-in-central-kalimantan
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Orangutan_Island
  3. youtube.com: Orangutan Island

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih