Alhamdulillah, Tedi sempat terbaca Surah al-Hadiid pada hari semalam.
Surah ke-57 dalam al-Quran ini menjadi pilihan Tedi untuk dibaca kerana tiba-tiba sahaja Tedi semangat Hari Kebangsaan (31 Ogos 1957).
Surah ini bermaksud Besi. Sebabnya Tedi tiada kaji.
Tedi cuma nak sentuh tentang satu ayat kali ni.
(57:7) Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah menjadikanmu menguasainya. Maka orang-orang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian daripada hartanya memperoleh pahala yang besar.
Cikgu Tedi pernah berpesan bahawa harta yang kita pegang ni bukannya milik kita.
Harta itu akan menjadi milik kita jika kita nafkahkan ke jalan Allah subhanahu wa ta'ala kerana itu sahaja yang akan menjamin manusia di akhirat kelak. Selain itu, harta itu mungkin akan mengalir ke tangan Ah Chong ka, Muthu ka, Goerge ka, Abu ka dan sesiapa sahaja.
Kita hanya memegangnya buat sementara.
http://blogmedia-info.blogspot.com/2013/09/belajar-dari-beliau-tukang-parkir.html |
Harta yang mengalir itu pula mungkin dalam bentuk kita bayar upah tampal tiub motosikal ka, atau mungkin juga dalam bentuk kecurian, sedangkan bila ada peluang manusia tidak mahu memilih jalan yang menjadikan harta itu kekal milik mereka iaitu dengan cara membelanjakannya di jalan Allah subhanahu wa ta'ala.
Bayangkan jika harta yang tadi mengalir ke tangan-tangan manusia di atas, mengalir ke tangan anak-anak yatim atau fakir miskin, ia tetap mengalir cuma arah aliran dan caranya berbeza.
Ia akan tetap mengalir, kerana ternyata ia bukan milik kita, kita hanya memegangnya buat sementara.
Pilihan yang manakah menjadi pilihan manusia? Pilihan mana menjadi pilihan beruang? Tepuk dada, tanya iman.
Walau bagaimanapun, jika manusia itu jutawan yang banyak sedekah tara mana pun, jika dia tidak beriman, maka amalannya sia-sia, manakala mereka yang beriman dan menafkahkan harta dijanjikan pula "harta" iaitu pahala yang besar.
Cikgu Tedi berkata lagi, harta itu hiasan dunia, namun bisa saja menjadi hiasan di akhirat.
Caranya tetap sama, berbelanja di jalan Allah subhanahu wa ta'ala.
2 Ulasan
makna nya sharing is caring. dpt rezeki lbh boleh share ngn org lain. even tak bnyk skali pn
BalasPadambetul3x hehehe... :)
PadamTedi tambah, "harta tu Allah bagi jaga, guna elok2 pada jalan yg betul, jangan kedekut, jangan pula boros, sebab itu amanah, bukan Allah bagi terus.."
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.