Perjalanan dari Nilai ke Kota Bharu harap ditemani liputan internet mobil.
Namun ternyata hanya kedukaan yang melanda diri Tedi ini dek kerana liputan U-Mobile hanya didapati di sekitar Lembah Kelang sahaja.
Ketika di Pahang, adalah juga sedikit.
Tapi apabila di Kelantan langsung tak dapat apa.
malaysianwireless.com: U Mobile opens a new service centre in Kota Bahru, Kelantan |
Masalahnya iklan U-Mobile melambak juga di Kelantan. Adakah tiada liputan di kawasan kampung?
Tidak. Bukan hanya di kawasan kampung, malahan di Kota Bharu pun tiada liputan.
Liputan yang berjaya Tedi kesan hanyalah Celcom, Maxis dan Digi. U-Mobile langsung tiada.
Maka Tedi pun berusaha mengkaji fenomena ini, dan manusia berkata di Kelantan memang tak boleh online dengan U-Mobile.
Pelik sungguh. Jika iklan banyak, seharusnya perkhidmatannya ada.
Mungkin saja Tedi silap set APN?
Tadi Tedi minta Master periksa berapa kos bulanan kalau guna Celcom, dan ianya lebih RM20 daripada apa yang Tedi bayar sekarang.
Bersabar dulu, harap-harap nanti U-Mobile bertambah baik, atau Tedi ketemu jawapan yang boleh membantu merungkai permasalahan ini.
Tiada masalah, hanya cabaran.
20140205
2 Ulasan
Salam ziarah tedy..akak pown dlm dilema nim nk pkai pe la nim kn..
BalasPadamwa'alaikumussalam. kalau akak nak guna bebetul, akak test la prepaid dulu kot.. kalau setakat 2nd line macam Tedi ni, bolehlah guna si U-Mobile ni.
PadamKalau akak nak guna U-Mobile ni juga, akak tanyalah kepada yang lebih pakar.
Tedi serius fed-up, hahaha... :)
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.