Budaya zaman kini manusia berkongsi gambar dalam menghentam perbuatan tidak bermoral.

Gambar seekor kucing di sebalik pokok, sekadar cadangan hiasan. http://penglipurlara.wordpress.com/2014/01/02/malu-tapi-mahu/

Perbuatan tidak bermoral (atau mungkin kurang bermoral) ini sebagai contoh - wanita memakai pakaian menjolok (mencolok) mata.

Lepas tu adalah mereka yang mengambil gambar-gambar "pesalah" ini lalu dikongsi dalam FB atau mana-mana media elektronik. Tidak ketinggalan juga para blogger melalui taipan mereka.

Selalunya mereka akan menghentam perbuatan tidak bermoral itu.

Namun, ada sesuatu yang tidak kena!

Mereka menghentam namun mereka kongsi gambar-gambar yang tidak bermoral itu! Jadi apakah yang mereka kongsikan sebenarnya? Benarkah mereka mahu menyedarkan masyarakat atau hanya mahu menangguk dalam air yang keruh?

Perlukah mereka menyertakan gambar-gambar tidak bermoral itu dalam tulisan mereka? Tidak cukupkah jika mereka sekadar berbekalkan tulisan mereka?

Atau mereka sedar sebenarnya gambar-gambar itu boleh menaikkan rating mereka?

Tedi dapat teka jawapannya.

Bayangkan pada suatu masa si mangsa yang gambarnya dikongsikan oleh para "pejuang moral" ini insaf dan kembali ke pangkal jalan, siapakah yang akan menanggung dosa di atas gambar-gambar yang tersebar?
Tapi Tedi sedar mesti ada yang fikir, "Biar padan dengan muka, siapa suruh buat salah!"
Kepada para "pejuang moral" di sana, Tedi harap dapatlah berjuang dengan niat dan cara yang betul.


20140210