Gambar bas ini Tedi ambil semasa singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan ke Kota Bharu.

Pagi ni Tedi nak kongsikan gambar bas henti-henti Kuala Kangsar pula. Tak sangka pula Tedi ni suka tangkap gambar bas, wakaka.

Gambar bas Perak Transit di Muzium Di-Raja Kuala Kangsar Perak
 

Waktu ni kami saja merayau dalam Kuala Kangsar, cari tempat makan kononnya. Jadi bila nampak ada bangunan macam istana dan ada kedai, kami berhenti di sini. 

Sambil tangkap gambar istana yang rupa-rupanya Muzium Di-Raja Kuala Kangsar itu, Tedi sempat tangkap gambar bas ni.

Gambar bas Perak Transit Kuala Kangsar
Gambar bas Perak Transit Kuala Kangsar

Perak Transit adalah perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Kangsar dan seperti biasa orang Malaysia (termasuklah orang Perak) masih bangga dengan ketuanan British. Apa salahnya bagi nama seperti Angkut Perak ka, apa-apa je lah yang sesuai. Kalau mereka rasa jelik dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang nak bangga?

Tedi tak kisah, Tedi ada bahasa beruang....


Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman: (96) Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya. (97) (Surah Yunus QS 10:96-97)

20140307