Syarikat Inmarsat dari Britain mendakwa telah merakam isyarat ping daripada pesawat Malaysia yang masih hilang, MH 370.
Tedi mengharapkan maklumat daripada mereka dapat membantu merungkai lokasi sebenar MH 370
Inmarsat menyatakan bahawa isyarat komunikasi daripada MH 370 adalah perkara rutin dan automatik, tetapi tidak mendedahkan dengan lebih jelas.
Inmarsat juga menegaskan telah berkongsi data itu dengan pakar komunikasi, SITA, yang di dakwa telah berkongsi maklumat sama dengan Malaysia Airlines.
Inmarsat pada masa ini mengurus 10 satelit geostationary di mana mereka mengurus perpindahan data komunikasi satelit termasuk untuk sektor penerbangan. Namun, mereka tidak memaklumkan data itu diperolehi daripada satelit yang mana satu.
Satelit geostationary adalah satelit yang terletak pada orbit geostationary yang berada 35786 kilometer dari permukaan bumi.
Orbit ini pula berpusing selari dengan putaran bumi.
2 Ulasan
semoga maklumat ini sahih dan menjumpai pesawat
BalasPadamYup, berita ini telah dilaporkan dalam laman web inmarsat sendiri, selain berita Malaysia juga dah quote nama Inmarsat sebentar tadi.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.