Peel Master ialah beliau akan mengambil masa sebulan sebelum memotong rambutnya.
Apabila rambut beliau memanjang, melepasi telinga, nampaklah sedikit serabut, walaupun masih handsome.
Buktinya apabila kawan beliau menegur, "Dah macam Jalaluddin Hassan, aku tengok rupa kau ni."Tedi pun tak tahu sama ada itu satu pujian atau satu sindiran? Tapi sebab Jalaluddin Hassan tu kira famous juga di bumi Malaysia ni, maka Tedi rasa pakcik tu memuji Master.
Manakala Master pula blur dan masih tak dapat merungkai pujian pakcik tersebut.
Jadi, disebabkan Master rasa terhina dek kata kawannya itu, beliau pun memotong rambutnya pada hujung minggu lepas.
Keesokannya, apabila Master pergi ke pejabat, kawannya yang lain pula menegur, "Macam budak tingkatan 4 rupa engkau ni."Master menepuk dahi beliau...
"Tak kisahlah, asal jangan kata macam Anuar Zain, sudah." - getus hati Master.19 Mac 2014.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.