Badan Tedi letih sangat...

Jadi itulah punca Tedi dah lama tak kemaskini diari Tedi ni. Lagipun tiada apa untuk dikemaskinikan pun.

Adalah beberapa aktiviti tapi Tedi tak petah bercerita.

Malam ni Tedi jenguk kembali album gambar Tedi dan nampakla sekeping gambar ni.

Gambar lain ada tapi Tedi tak sempat nak cuci  lagi...

Tuan besar Tedi sedang merancang masa depan dalam perjalanan ke Kuantan yang memakan masa 4 jam (waktu perjalanan Master)

Bercerita mengenai Bukit Gambang Resort City ni Tedi keliru kenapa namanya harus sebegitu? Kenapa tidak Taman Percutian Bukit Gambang?

Owh, Tedi lupa yang Tedi duduk di Malaysia, sebab itulah nama resort tu dalam bahasa Inggeris.

Mengenai resort ini, adalah Taman Air dan Safari. Kemudahan lain masih dalam pembangunan. Aktiviti kecil-kecilan seperti flying fox dan paintball pun ada tapi Tedi tak nampak orang duk main.

Selain itu kalau nak makan makanan laut, boleh je ke bandar Kuantan.

Komen Tedi pasal Taman Tema Air di sini ialah agak leceh kerana terpaksa sewa pelampung. Tedi lagi sukakan Lagun Sunway yang sediakan pelampung untuk mana-mana permainan yang perlukannya.

Sebut pasal air, esok mungkin giliran tiada air, setelah 2 hari kami menikmati kemudahan ini. Sebelum ini pada 27 Feb 2014 dan 28 Feb 2014, kami keputusan air setelah dicatu oleh Syabas.

Hari ni mula hujan, mungkin hasil pembenihan awan, tapi hari ni juga jerebu teruk membadai Kuala Lumpur.

Esok nak siapkan kerja sekolah yang tertunda kerana Tedi sudah silap reka... harapnya esok siap supaya dapat Tedi serahkan kepada kawan sekelas.

Ok la, Tedi nak tidur.
20140303